2. Perkara pertama yang akan anda nampak ialah ia duduk lebih tinggi dari kereta biasa.
Apa yang dilakukan ialah jarak bumi dinaikkan sedikit menggunakan sistem gantungan yang lebih panjang. Ia juga diberikan ruang antara badan dan tayar yang lebih, untuk efek visual. Secara realiti, kebanyakan Crossover cuma tinggi sedikit sahaja dari kereta. .
3. Crossover banyak berkongsi platform dengan model kereta.
Ini sangat benar dan kerana itu ia sama selesa dengan sebuah kereta. Contohnya, Honda HR-V berkongsi platform dengan City dan Jazz, Mazda CX3 dengan Mazda2, Nissan Juke dengan Nissan March, Mercedes-Benz GLA dengan A-Class, Ford EcoSport dengan Fiesta dan macam-macam lagi. Kerana itu, enjin yang digunakan juga lebih kepada varian enjin kereta dan gaya pemanduan lebih ke arah kereta
4. Crossover mensasarkan golongan yang mahukan sesuatu yang berlainan.
Pemilik crossover selalunya digambarkan sebagai seorang yang urban dan mempunyai gaya hidup yang aktif - contohnya berbasikal bukit di denai-denai atau yang gemar aktiviti riadah luaran seperti mendaki bukit atau berkhemah.
5. Tempat duduk pemandu di dalam crossover lazimnya ditinggikan.
Ini agar pemandu terasa ia memandu kenderaan yang sangat tinggi dan memudahkan penglihatan ke hadapan.
6. Kebanyakan crossover menggunakan Front-Wheel-Drive (FWD) atau Pacuan Roda Depan.
Di negara Eropah yang bersalji, crossover mempunyai pilihan All-Wheel Drive (AWD) atau Pacuan Semua Roda.
7. Sesuai dengan sasaran penggunanya, crossover juga mementingkan bahagian dalam yang boleh dilaras kepada pelbagai kedudukan untuk ruang yang lebih.
Ini berguna untuk membawa barangan seperti basikal, alat sukan lain atau barang berlebihan.
8. Apabila menggunakan asas sebuah kereta, crossover juga menjadi lebih cekap dalam aspek penggunaan bahan api berbanding SUV yang berasaskan daripada trak.
Binaannya yang lebih ringan juga membantu dalam aspek ini.
9. Pengendalian crossover juga adalah lebih mudah memandangkan ia digambarkan untuk lebih digunakan di bandar.
Bermakna, anda tidak akan bermasalah untuk memandu melalui trafik sesak, membuat pusingan U ataupun di dalam kawasan tempat letak kereta yang sempit.
10. Supaya ia dapat menambat hati pengguna muda, crossover dihasilkan dengan gaya moden, ranggi dan tidak kekurangan dari segi kelengkapan dan keselamatannya.