Apa yang kami tahu mengenai kapal selam KRI Nanggala 402 yang hilang

oleh HEZERI SAMSURI|
Kapal selam KRI Nanggala 402 milik Indonesia dilaporkan terputus hubungan pada jam 3 pagi semalam (Rabu) dan masih belum dikesan.

Ia membawa seramai 53 kru dan kapal selam itu sedang mengikuti latihan menembak torpedo hidup 95 km ke utara kepulauan Bali. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pasukan penyelamat kapal selam dari Singapura dan Australia telah berkejar untuk melakukan misi menyelamat dan semua masih menunggu sebarang maklumat terbaharu.

Sementara itu, di bawah ialah antara fakta-fakta yang kami dapat kumpulkan berkaitan kapal selam tersebut.

 

 

 

  • KRI-Nanggala 402 ialah nama rasminya. KRI bermaksud Kapal Republik Indonesia. Moto rasmi kapal selam ini ialah Tabah Sampai Akhir.
  • Nanggala 402 ialah kapal selam kedua dalam Kelas Cakra. Kapal selam pertama bernama KRI Cakra 401. 
  • Ia adalah kapal selam penyerang dan mempunyai 14 buah torpedo 533 mm dalam lapan tiub.
  • Indonesia sebenarnya mempunyai 12 buah kapal selam. Namun begitu, hanya lima yang beroperasi sekarang.
  • KRI-Nanggala 402 ialah satu dari dua kapal selam buatan Jerman yang tinggal. 
  • Tiga lagi kapal selam Indonesia ialah buatan Korea Selatan dan jauh lebih moden.

 

 

  • KRI-Nanggala 402 ialah sebuah kapal selam "klasik". Ia dibina di Jerman dalam tahun 1977 dan kemudian dibeli oleh Indonesia dalam tahun 1981. 
  • KRI-Nanggala 402 menerima pembaikan yang serius selama dua tahun di Daewoo Shipbuilding & marine Engineering di Korea Selatan dan ia kembali bertugas dalam tahun 2012. Struktur kapal, sistem navigasi, senjata bawah air dan sistem sonar yang dinaik taraf kepada jenis suite CSU 3-2.
  • Kapal selam tersebut mempunyai berat 1,395 tan dan mampu bergerak selaju 21.5 knots (40 kmsj). Kapasiti kru rasmi untuk KRI Nanggala ialah 34 kelasi.

 

 

 

  • Dimensi luaran KRI-Nanggala 402 ialah sepanjang 59.5 meter, 6.3 meter lebar dan 5.5 meter tinggi.
  • Ia menggunakan empat enjin diesel elektrik untuk menjana satu syaf. 
  • KRI-Nanggala 402 mempunyai kebolehan menyelam maksimum sedalam 250 meter. Lebih dari itu, ia boleh musnah akibat tekanan air yang tinggi.
  • Kapal selam berusia 44 tahun itu dipercayai sedang menyelam di kedalaman 700 meter bila ia hilang. 
  • Menurut laporan Jakarta Post, jika ia sudah pergi sedalam itu, kemungkinan besar ia sudah musnah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kejadian tragik itu telah mengorbankan lima mangsa termasuk salah seorang pengasas syarikat…
Berita Domestik
Kontrak pertama melibatkan kontrak sokongan perkhidmatan interim (ISS) bagi kapal selam Kelas…
Berita Global
Difahamkan, kerja-kerja pembinaan kapal selam S-26T tersebut sudah hampir siap sepenuhnya, namun…