Apa yang anda perlu tahu tentang Honda HR-V varian RS

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia telah pun mempamerkan varian terbaharu model SUV segmen B mereka iaitu HR-V varian RS sejak bulan Julai tahun lepas.

Walaupun majlis pelancaran masih belum diumumkan tetapi pihak Media telah pun diberikan peluang untuk memandu uji dan merasai sendiri Varian RS itu pada bulan Ogos 2018 dan di sini kami kongsikan perubahan-perubahan baharu untuk yang telah diberikan kepada model ini supaya ia tampak lebih menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Di bawah ialah antara penambahbaikan yang diberikan:

- Lampu hadapan dari jenis LED


- Lampu DRL dari  jenis LED


- Lampu kabus dari jenis LED


- Lampu belakang dari jenis LED


- Grill krom berwarna gelap


- Roda aloi 18-inci


- Kamera Panduan Jalan (Lane Watch)


- Variable Gear Ratio Steering System

 

Variable Gear Ratio Steering System atau VGR Steering ini hampir sama dengan yang ada pada Honda Type-R. 

 

Ia memberikan nisbah sudut membelok yang berbeza mengikut kelajuan. Apa yang berlaku ialah pada kelajuan perlahan, roda hadapan membelok lebih banyak, memudahkan pemandu semasa parkir.

Bila kelajuan meningkat, nisbah membelok kembali pada asal dan memberikan rasa stabil.

Ia berbeza dari penambahan kuasa pada stereng bantuan elektrik biasa. 

 

Ruangan dalam kabin pula menampilkan tempat duduk dengan kemasan berwarna putih gading (Ivory), selain daripada kebolehan untuk mengubah kedudukan lapan cara pada bahagian pemandu dan juga penambahan paddle shifter. 

 

Dari segi keselamatan, Honda HR-V RS dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara, isyarat berhenti kecemasan (ESS), bantuan kestabilan kenderaan (VSA), bantuan mula mendaki (HSA), Honda LaneWatch, serta kamera undur pelbagai sudut. 

 

Tiada sebarang perubahan dari segi aspek kuasa, memandangkan Honda HR-V masih mengekalkan enjin 1.8 liter i-VTEC SOHC yang dipadankan dengan transmisi CVT daripada Earth Dreams Technology, manakala aspek pengendalian pula ditambah baik dengan ciri Variable Gear Ratio (VGR) untuk pemanduan yang lebih bijak. 

 

Honda Malaysia akan melancarkan dua jenis varian iaitu RS dan satu lagi varian baharu yang lebih mampu milik. 

 

Varian mampu milik itu tampil dengan lampu halogen jenis projektor dan juga penambahan beg udara kepada enam unit. 


Sejak tempahannya dibuka pada bulan Julai lalu, sebanyak 4,100 unit tempahan telah diterima untuk HR-V baharu sehingga hujung bulan November lepas. Dan kami berharap majlis pelancaran rasminya akan diadakan dalam masa terdekat memandangkan harganya tidak lagi diumumkan dan berharap ia diberikan pada harga mampu milik seperti sebelum ini.

 

Video sesi pemanduan ringkas bersama pihak media di bawah:

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…