Apa? Volkswagen hentikan pengeluaran Beetle!

oleh Afandi Che Muhamad|
Siapa sangka selepas lebih 70 tahun dihasilkan, Volkswagen mengambil langkah drastik untuk menamatkan pengeluaran model Beetle.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Careta pasti berita yang disampaikan ini mampu meruntun jiwa penggemar kereta kompak yang lebih mesra dipanggil 'kereta kura' itu, baik di Malaysia mahu pun seluruh dunia.

Memetik laporan Car Mag dan Auto Car hari ini, keputusan itu diambil Volkswagen berikutan ingin memberi laluan kepada model lain yang lebih berdaya saing.

Salah seorang Ahli Lembaga Volkswagen, Frank Welsch (gambar) berkata, pihaknya berpendapat adalah lebih baik pengeluaran Beetle dihentikan mulai sekarang kerana momentum penawaran model baharu juga agak merosot.

"Apa yang kita tahu, model ikonik ini mempunyai sejarah tersendiri. Ia pernah menjadi kegilaan pengguna suatu ketika dahulu.

"Pernah mendaki populariti, pengeluaran generasi kedua dan ketiga Beetle menunjukkan permintaan pengguna sedikit berkurangan," katanya.

Mengulas lanjut, Frank memberitahu pengguna sebenarnya begitu menyukai model Beetle generasi pertama dan pengeluaran generasi seterusnya tidak dipedulikan.

Tambahnya, langkah itu dirasakan lebih baik demi mengekalkan ia sebagai sejarah terbaik pernah dicapai Volkswagen.

Terdahulu, Frank menegaskan tempat ditinggalkan Beetle akan digantikan dengan Volkswagen T-Roc (gambar; kiri) dan Buzz ID (gambar; kanan).

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…