Apa ujian ekstrem? Jatuhkan Volvo 30 meter dari udara

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo Cars drops new cars from 30 metres
Volvo Cars drops new cars from 30 metres
Setiap pengeluar kereta terkemuka dunia mempunyai kekuatan tersendiri. Mercedes-Benz, BMW, Honda, Toyota, Kia, Hyundai dan sebagainya mempunyai satu perkara yang boleh dikaitkan dengannya.

Bagaimana dengan Volvo Cars? Keselamatan. Syarikat dari Sweden ini sentiasa dikaitkan dengan teknologi keselamatan dan turut merangkumi pengguna jalan raya lain.

Untuk memastikan pemandu dan penumpang selamat pelbagai ujian dilakukan dan ini paling ekstrim pernah dibuat oleh Volvo Cars.

Lepaskan kereta dari ketinggian 30 meter dari udara. Kebiasaannya pakar penyelamat menggunakan kereta kemalangan yang diuji di Pusat Keselamatan Volvo Cars bagi menajamkan skil menyelamatkan mangsa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Volvo Cars drops new cars from 30 metres

 

Maknanya, ujian ini dibuat sebagai latihan dan simulasi kemalangan untuk input dan kemahiran anggota penyelamat.

Ujian itu dibuat untuk badan penyelamat bersedia dalam menghadapi pelbagai senario kemalangan dan simulasi impak yang dihasilkan oleh kemalangan paling ekstrem dan menjangkaui kebiasaaan ujian pelanggaran.

Buat kali pertama, beberapa kenderaan Volvo baharu dilepaskan dari ketinggian 30 meter menggunakan kren dan ia dilakukan berkali-kali.

Kaedah ini membantu dalam memberikan contoh yang bersesuaian bagi melihat impak kerosakan akibat kemalangan paling ekstrem.

 

 Jatuhkan Volvo 30 meter dari udara

 

Di antara contoh senario yang boleh berlaku ialah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan pada kelajuan sangat tinggi, kereta melanggar lori pada kelajuan tinggi atau kereta dilanggar dengan teruk dari tepi.

Di dalam keadaan tersebut, mereka yang berada di dalam kereta perlu tindakan segera dengan keutamaan untuk mengeluarkan mangsa dan dibawa ke hospital secepat mungkin.

Anggota penyelamat menggunakan mesin 'gunting' hidraulik atau dikenali sebagai jaws of life.

Mereka perlu mengeluarkan dan menghantar mangsa dalam tempoh sejam selepas berlaku kemalangan.

 

 Jatuhkan Volvo 30 meter dari udara

 

Kesemua dapatan dari pelanggaran dan hasil kerja-kerja menyelamat akan dikumpul di dalam laporan penyelidikan yang terperinci.

Laporan tersebut kemudian boleh didapati secara percuma untuk anggota penyelamat tidak kira di mana mereka berada dan membolehkan mereka mendapat manfaat dan membangunkan kemahiran menyelamatkan nyawa.

Kebiasaannya, anggota keselamatan mendapatkan kenderaan latihan dari pusat pelupusan. Bila begitu, maklumlah usia kereta pun lama dan biasanya menjangkau sehingga dua puluh tahun.

Dari segi sifat seperti kekuatan besi, binaan rangka keselamatan dan ketahanan keseluruhan tidak sama dengan kereta di pasaran sekarang.

Selain itu, beberapa bahagian kenderaan baharu Volvo di pasaran sekarang menggunakan besi yang keras.

 

 Jatuhkan Volvo 30 meter dari udara

 

Maka adalah sesuatu yang logikal dan penting untuk anggota penyelamat memperbaharui kefahaman dan skil mereka dalam menyelamatkan mangsa kemalangan.

Ujian seperti ini diminta oleh badan penyelamat dan Volvo Cars pergi lebih jauh dengan melepaskan kereta dari udara.

Volvo Cars dan badan penyelamat Sweden sebenarnya telah bekerjasama rapat untuk sekian lama.

Sebanyak sepuluh buah kereta Volvo pelbagai model digunakan dan dijatuhkan beberapa kali dari kren.

Sebelum dijatuhkan, jurutera keselamatan Volvo Cars membuat kiraan terperinci tentang berapa banyak tekanan dan daya setiap kereta perlukan bagi memperolehi kadar kerosakan yang dimahukan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…