Apa sebenarnya C-ABS pada motosikal?

oleh SALINA JALIL|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 C-ABS yang membawa maksud Combined Anti-Lock Braking System.

 

Seperti yang diketahui ramai, ABS merupakan sistem brek yang mengelakkan roda dari mengunci dan menyebabkan motosikal tergelincir dan biasanya jatuh.

 

Manakala CBS pula bermaksud "Combi-Brake System" iaitu nama yang telah dipatenkan oleh Honda. Jika anda memberi tekanan pada salah satu tuil brek, daya brek akan dikenakan kepada kedua-dua roda iaitu brek digabungkan. Sistem ini ada digunakan pada sesetengah skuter Honda.

 

C-ABS menggabungkan yang terbaik daripada kedua-dua sistem di atas, dan digunakan untuk teknologi memberhentikan motosikal secara paling selamat dan yang  maju.

 

Sebelum digunapakai pada Honda CBR250R ABS, C-ABS telah ditawarkan pada jentera CBR1000RR Fireblade, dan VFR1200F.

 

Pengaktifan tuil brek hadapan atau tuil brek belakang akan menyebabkan kedua-dua brek digerakkan dalam nisbah yang ditakrifkan secara elektronik. Jika salah roda berada dalam bahaya mengunci, ia dikawal oleh sistem ABS.

 

Ini adalah salah satu sebab mengapa Fireblade merupakan motosikal kelas satu liter yang digemari penunggang baharu untuk bertahun-tahun lamanya.

 

Sekarang ini kebanyakan motosikal menawarkan pelbagai sistem dan peringkat ABS yang tidak banyak berbeza dengan sistem yang ada pada jentera MotoGP.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun selain daripada Toyota Land Cruiser, kita sering kali terlupa kewujudan sebuah lagi model off…
Berita Domestik
Kedua-dua helmet Zeus ZS-388 dan ZS-217 diperbuat daripada bahan ABS dan boleh didapati dalam saiz…
Berita Domestik
Antara unit yang sudah pun mula dipasang termasuklah Ninja 250 ABS dan Z250 ABS, serta model Ninja…