Apa nak buat hari hujan tapi aircon rosak?

oleh SALINA JALIL|
Anda dalam perjalanan balik kampung, al maklum cuti panjang hujung minggu. Tiba-tiba pendingin hawa pula dari kurang sejuk, terus tidak sejuk dan keadaan di dalam kereta menjadi semakin panas. Tak semena mena hujan pula, al maklum musim hujan sekarang ini... Cermin hadapan kereta anda mula memeluwap dan berkabus, terus menyukarkan penglihatan.


Jadi apa nak buat? Atau apa tindakan yang anda boleh ambil untuk mengatasi masalah tersebut?

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan dan berkesan.

 

Tips 1 

 

Langkah 1


Potong kentang mentah kepada dua bahagian. Pastikan untuk menggunakan kentang yang bersih, atau cucikan ia jika bersalut tanah.

 

px 1

 

Langkah 2


Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin. Ini akan membersihkan cermin dan meninggalkan lapisan yang akan mencegah pemeluwapan pada tingkap.

 

px2

 

 

Langkah 3

 

Gunakan separuh lagi jika diperlukan. Anda juga boleh memotong kentang tadi untuk membuang bahagian yang telah kotor kerana digosok tadi, dan terus menggunakannya lagi jika perlu.

 

px3

 

Langkah 4

 

Biarkan kering tanpa menyentuh cermin. Setelah kering, lapkan saki baki kentang jika ada pada cermin dengan tisu kering. Teruskan memandu! 

 

 

 

Sekiranya susah sangat hendak mencari ubi kentang sebab berada di lebuh raya, anda boleh juga mencuba tips kedua.

 

pic5


Tips 2

 

Cuba lihat dalam bagasi anda, anda berkemungkinan membawa sekali barangan ini, lebih-lebih lagi apabila anda dalam perjalanan pulang ke kampung! Gunakan ubat gigi! Ini bukan auta atau temberang! Bukan sahaja ubat gigi diguna untuk menggosok gigi tetapi ia juga boleh digunakan apabila keadaan terdesak dengan cara yang mudah;

 

Picit sahaja ubat gigi di jari dan sapukan di serata bahagian cermin kereta. Ini akan membantu mencegah pemeluwapan di cermin kereta anda.

 

 

Tips 3

 

Gunakan sabun atau syampu atau krim pencukur.

 

px6

 

Sapukan sabun atau syampu atau krim pencukur tersebut pada bahagian cermin dan gosok sehingga rata. Tidak perlu menghabiskan sehingga sebotol, tetapi memadai sedikit sahaja!

 


Gunakan tisu untuk mengelap bahan tersebut sehingga hilang.

 

Mudah mudahan kini cermin atau visor di topi keledar anda tidak akan memeluwap lagi!

 

TIPS 4

 

Tetapi sekiranya kesemua tips yang diberikan di atas masih tidak memberi kesan yang anda inginkan, sila singgah ke kedai penghawa dingin dan gantikan aircon kenderaan anda. 

 

Kami doakan bukan kompresor aircon anda yang perlu diganti!

 

pc7

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, penambah baikan kemudahan yang membabitkan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga…
Informasi
  Untuk kawasan pantai timur semenanjung, hujan lebat serta angin kencang telah diramalkan akan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata pemandu lori berusia 28…