Apa itu sistem Mild Hybrid 48 Volt ?

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dengan pelancaran Proton X90 semalam, Proton telah melakar sejarah baru melalui pengenalan SUV tiga baris tempat duduk yang juga merupakan model hibrid ringan pertama mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penawaran sistem mild hybrid bukan lah suatu perkara baharu bagi jenama lain dalam industri automotif, seperti pada Proton X90 dimana ia dikuasakan trenkuasa hibrid ringan iaitu sistem EMS 48 V.

Mild Hybrid atau hibrid ringan, juga dikenali sebagai sistem mild hybrid 48 V, merupakan versi rangkaian kuasa hibrid yang tidak terlalu ke arah elektrik.

Walaupun berbeza reka bentuk setiap model, sistem tersebut menggunakan konsep asas dan pembinaan yang sama.

 

2

 

Sistem tersebut merangkumi motor elektrik kecil, dikenali sebagai penjana pemula bersepadu (ISG), disambungkan ke enjin dan berfungsi seiring dengan enjin pembakaran dalaman untuk memberikan kuasa tambahan pada pecutan.

Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan sistem mild hybrid 48 V untuk meningkatkan prestasi, dimana ia turut menawarkan kecekapan bahan api, oleh kerana sistem itu berkongsi beban enjin dalam keadaan terkawal yang membantu menjimatkan bahan api.

Seperti Volvo pula, ia menggunakan konfigurasi hibrid ringan dengan komponen yang sedikit berbeza, dimana komponen ISG Volvo ialah 42 volt.

Sistem mild hybrid tidak berfungsi seperti hibrid tradisional atau hibrid plug-in, sistem tersebut bertindak sebagai bantuan untuk enjin pembakaran dalaman pada kelajuan rendah, termasuk memecut dan menghidupkan kenderaan.

 

3

 

Dalam kereta seperti model Mercedes-Benz C-Class baharu, motor elektrik terletak di antara enjin dan transmisi bagi menyediakan sehingga 15 kW tambahan kepada pacuan, iaitu tambahan sekitar 20 HP.

Seperti sistem hibrid dan plug-in hibrid, sistem mild hybrid mampu menambah simpanan kuasa melalui brek regeneratif dan kaedah lain.

Sistem tersebut jelas dapat memberikan penjimatan bahan api yang baik di samping mengekal dan meningkatkan prestasi tanpa menambah berat yang berlebihan.

Seperti pengeluar trak popular US iaitu Ram, mereka turut menggunakan sistem mild hybrid dalam trak bersaiz penuh mereka untuk meningkatkan penjimatan bahan api tanpa mengurangkan kuasa daripada enjin.

 

4

 

Di malaysia, fungsi stop-go merupakan ciri yang tidak asing lagi bagi model kereta eco yang direka untuk menjimatkan bahan api semasa kereta berhenti.

Dengan penggunaan sistem mild hybrid, fungsi stop-go menjadi lebih baik, dimana kereta akan dikuasakan oleh motor elektrik dan bateri semasa enjin mati, dan komponen ISG membantu menghidupkan semula enjin dengan lebih lancar.

Dari segi harga pula, penawaran model dengan sistem mild hybrid lebih murah jika dibandingkan dengan hibrid tradisional atau hibrid plug-in.

Tentu sekali ia bakal menjadi suatu alternatif yang baik bagi mereka yang ingin meningkatkan kelestarian alam sekitar tanpa mengeluarkan belanja besar.

 

5

Disebabkan penggunaan komponen seperti motor elektrik dan bateri yang memakan ruang, kebanyakan model dengan hibrid tradisional atau hibrid plug-in terpaksa mengorbankan ruang pada bahagian penumpang dan bonet.

Seperti namanya, oleh kerana sistem komponen sistem mild hybrid lebih kecil dan ringan, ia tidak memerlukan ruang yang banyak, sekaligus memberikan kelebihan kepada penjimatan dan prestasi.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mungkin sistem mild hybrid dikenali melalui pengenalan model jenama nasional iaitu Proton X90.

 

5

 

Proton X90 menjadi model pertama dari Proton yang menggunakan trenkuasa hibrid ringan iaitu sistem EMS 48 V.

Sistem EMS 48 V itu terdiri daripada enjin 1.5 L TGDi, motor elektrik Belt-Starter Generator (BSG) 48 V, Bateri Lithium-ion 48 V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan juga Sistem Kawalan Modul Hibrid.

Secara keseluruhan, gabungan trenkuasa itu mampu menghasilkan 190 PS dan 300 Nm, di mana sistem EMS 48V membantu menyediakan kuasa tambahan sebanyak 13 PS dan 45 Nm, sekaligus memberikan lebih penjimatan bahan api.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jika dilihat dari video yang dikongsikan oleh Rizuwan Rosly, kejadian kebakaran kedua libatkan X90…
Berita Domestik
Menurut Proton, pasukannya kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk…
Telah Diuji
Ditawarkan dengan 4 varian, harga bagi Proton X90 bermula dari RM123,800 untuk varian Standard,…