Apa itu Riding Mode pada BMW GS?

oleh HEZERI SAMSURI|
Riding Mode ini yang membezakan motosikal zaman kita bermain polis-sentri-wan-tu-jaga itu dengan motosikal-motosikal zaman sekarang.

Penggunaan sistem stabiliti dan brek ABS memungkin pengeluar motosikal memberikan mod kawalan agar motosikal lebih mudah ditunggang, lebih menyeronokkan dan paling penting, lebih selamat.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Secara ringkas,  berikan pelbagai karektor penunggangan untuk motosikal. Ada yang memang rasa berbeza, ada yang tak ada rasa sangat (bergantung berapa agresif cara kita menunggang).

Di sini adalah penerangan ringkas mengenai Riding Modes yang ada pada motosikal BMW GS.

RAIN - jalan basah dan licin

  • Pendikit akan jadi lebih lembut/lembab (supaya tak terlebih pulas).
  • ASC (Automatic Stability Control) masuk lebih awal dari mode ROAD.
  • Kalau motosikal kita ada Dynamic ESA, damping depan belakang akan jadi lembut sikit supaya motosikal tak kuat "menggeli".

ROAD - Jalan tar kering

  • Pendikit balik pada standard setting
  • Lebih linear (power naik secara berperingkat-peringkat dan lebih lancar)
  • ASC balik pada setting standard
  • Dynamic ESA ikut apa yang kita pilih

 

 

DYNAMIC - Untuk tunggangan agresif

  • Pendikit lebih sensitif dari ROAD (pulas sikit aje dah nak wheelie, chewaaaaah)
  • ASC lambat sikit masuk supaya power tak cut off awal
  • Dynamic ESA set ke yang keras supaya motosikal kita tak membuai.

DYNAMIC PRO - Untuk yang lagi agresif

  • Bergantung pada motosikal, BMW Motorrad Malaysia ada bagi mode ini sebagai standard (dia bagi coding plug, terpulang pada owner nak pakai atau tak).
  • Pendikit lebih sensitif dari DYNAMIC.
  • ASC sama macam Dynamic.
  • Dynamic ESA set pada setting paling keras.

 

 

ENDURO - Buat kita nampak macam hero kat offroad

  • Pendikit jadi lembut sebab offroad, terlebih pulas karang kita drift tak sengaja pulak.
  • ASC masuk lebih awal supaya kita tak tertonggeng dan tak ter-wheelie.
  • ABS dengan brek disesuaikan untuk permukaan tak rata dan licin macam pasir, tanah lembut dan lumpur.
  • Masih boleh "slide" tayar belakangbila brek belakang digunakan tetapi tidak begitu banyak.
  • Mode ENDURO sesuai untuk tayar biasa.
  • Mode paling bagus untuk penunggang yang jarang masuk offroad.

ENDURO PRO

  • Bergantung pada motosikal, BMW Motorrad Malaysia ada bagi mode ini sebagai standard (dia bagi coding plug, terpulang pada owner nak pakai atau tak).
  • Enjin akan memberi respon yang cepat, dan disesuaikan untuk tayar OFFROAD (ya, Enduro Pro khusus untuk tayar jagung).
  • ABS belakang ditutup supaya kita boleh tarik brek tayar belakang dan slide.
  • ASC berikan lebih banyak peluang untuk slide tayar belakang.

     

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…