Apa itu "facelift" dalam automotif

oleh HEZERI SAMSURI|
Semakin ramai yang meminati dunia automotif, dan semakin banyak perkataan baharu yang akan dipelajari.

Sama seperti wanita, selepas berjam-jam bekerja, waktu tengahari kenalah ke tandas untuk "touch-up". Kereta pun sama juga.

Antara perkataan yang sering digunakan ialah "facelift". Ramai yang masih kurang faham apa itu facelift dan di sini Careta cuba untuk menerangkan maksudnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Facelift juga dikenali sebagai MMC atau Minor Model Change, mid-cycle refresh, minor model update, life-cycle impulse dan beberapa terma yang akan direka oleh para penulis,

Setiap model kenderaan mempunyai jangkahayat mereka sendiri saehingga model baharu diperkenalkan.

Standard industri untuk jangkahayat sesebuah model itu ialah dari seawal empat tahun atau selewat 10 tahun sebelum model itu diganti kepada model lain.

Selalunya jika lebih dari 8 tahun dan masih tiada model gantian, syarikat itu mengalami masalah kewangan tetapi ada juga ketikanya model itu masih laku keras dan syarikat kenderaan merasakan tidak perlu menggantinya lagi.

Contoh popular ialah Perodua Alza yang memang masih popular walaupun sudah model itu sudah lama tetapi masih relevan, dan juga Kawasaki GTR 1400, kerana Kawasaki takut resipi baharu akan menggangu status lagenda model sport touring itu.

Ada juga penggantian model diakibatkan oleh dorongan teknikal, seperti homologasi dunia. Land Rover contohnya, jika tidak ada kekangan seperti homologasi teknikal dan keselamatan serta piawaian crash test, nescaya mereka masih menjual Defender yang murah itu dengan harga paling premium. 

Di bawah ialah beberapa jenis facelift yang pernah Careta lihat sendiri, samada di dalam negara ataupun di luar negara.

1. Update

Kadang-kadang, model itu diberi penambahan kosmetik seperti aksesori seperti radio baharu dengan fungsi Bluetooth lampu kabus dan DRL LED ataupun penambahan warna baharu. 
Cara ini sering tidak diumumkan secara besar kerana yakin media sendiri mampu menghidunya.
Contohnya Naza Kia menambah beberapa aksesori kepada MPV mewah Grand Carnival mereka. Antaranya ialah fungsi handsfree Bluetooth. Ia tidak diwar-warkan kepada media kerana terlalu kecil.

audio system


Namun begitu, jika anda dipanggil untuk ke pusat servis kerana ada "service/technical update" pula, itu sebenarnya ialah sebuah recall.
Kerana kerajaan Malaysia masih belum menetapkan undang-undang mengenai pengumuman recall atau lemon-law, syarikat kenderaan menggunakan pelbagai terma untuk recall.

2. Minor Facelift

Minor atau kecil memang melibatkan perubahan kosmetik dan dalaman yang kecil.
Selalunya, perubahan pada lampu depan atau belakang (bentuk sama, tetapi ada kelainan sedikit sahaja).
Ada juga perubahan pada gril dan bamper, bagi menaikan seri model itu. 
Kadang-kala, ia melibatkan perubahan kepada aksesori sahaja untuk memastikan kenaikan harga yang diumumkan sekali itu berbaloi

3. Major facelift

Major facelift selalunya melibatkan perubahan pada bahagian kulit kenderaan itu sendiri (skin shell).
Contohnya ialah perubahan lampu dan bamper hadapan atau belakang yang memerlukan fender atau bahagian sisi baharu. 
Ford Ranger T6, bila ditukar kepada T7, melibatkan perubahan ketara kepada bahagian muncungnya.
Begitu juga dengan bahagian kabin di mana papan pemuka boleh berubah. Dalam kes Ford Ranger, T7 mendapat papan pemuka baharu.
Major facelift paling popular di Malaysia ialah bila Proton Saga menjadi Proton Iswara dan Kancil generasi pertama menjadi Kancil mata bulat.
Ada juga syarikat kenderaan yang melakukan major facelift dan menganggap ia sebagai satu model-change. 

4. Facelift gaya Eropah

Untuk jenama mewah dari Eropah, konsep facelift mereka berlainan.
Menurut seorang rakan warga Jerman kami, facelift untuk syarikat Eropah lebih dari setakat perubahan kosmetik.
BMW dan Mercedes-Benz contohnya akan memastikan ada perubahan teknikal bila facelift diumumkan. Contohnya, barisan enjin-enjin baharu yang diumumkan sekali dengan perubahan kosmetik.
Kerana itu, walaupun mungkin facelift itu nampak remeh kerana hanya bamper ditukar, perubahan terbesar berlaku di dalam hood di mana enjin dengan teknologi terkini diberikan.
Syarikat kenderaan Jepun juga ada perubahan teknikal seperti penukaran enjin tetapi jarang-jarang berlaku.

Facelift juga digunakan sebagai taktik perniagaan. Untuk memastikan produk mereka sentiasa di dalam fikiran pasaran, mereka perlu sentiasa menghasilkan berita-berita sensasi akan produk mereka.

Untuk mereka yang tidak begitu hiraukan perbezaan rupa, mungkin pengumuman model facelift dinantikan kerana pasti akan ada diskaun untuk model lama.

Tepuk dada tanya selera!

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
City Hatchback kini kekal sebagai salah satu model hatchback terlaris dalam segmen Bukan Nasional…
Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…