Apa itu CKD dan bagaimana VW buat? Mula dari Beetle sejak tahun 1950 lagi!

oleh Muhammad Md Tajudin|
VW Arteon R-Line
VW Arteon R-Line
Di dalam dunia automotif selalu didengari perkataan CKD dan CBU. Dua terma tersebut paling mudah difahami apabila harga yang dipasarkan berbeza dengan unit CKD lebih murah.

Sebelum itu apakah maksud CKD dan CBU? CKD bermaksud Completely Knocked Down iaitu proses pemasangan komponen yang terurai di sesebuah destinasi eksport.

CBU pula bermaksud Completely Built Up di mana kereta yang sudah siap dipasang di sesebuah negara dan dieskport ke luar.

Apakah contoh CKD? Banyak di negara kita seperti Volkswagen Passat, Tiguan dan Arteon R-Line. Iya, kesemua kereta Jerman ini dipasang di negara kita atau lebih tepat di Pekan, Pahang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
70 years of CKD car exports by Volkswagen

 

Bagaimana pula dengan CBU? Juga dari Volkswagen contohnya Beetle, Arteon R-Line 4Motion dan Golf GTI Mk7.

Sejak 1950, Volkswagen mengeksport kenderaan secara terurai dan dipasang di lokasi ia dihantar.

Pada asalnya kaedah ini digunakan untuk membuka pasaran baharu namun kini CKD dijadikan sebagai pembekalan kepada rangkaian produksi global VW dan faktor utama di dalam jualan.

Dari perspektif VW, keputusan untuk pengeluaran CKD berdasarkan beberapa faktor seperti tidak berdaya maju untuk membina kilang, jumlah terlalu sedikit untuk pengeluaran setempat, kos perkakasan (tooling) bagi kilang tempatan terlalu tinggi atau polisi kastam dan import yang mendorong ke arah pemasangan CKD.

 

VW

 

Sehingga kini, kira-kira 200 juta kenderaan dieksport ke serata dunia dengan tambahan sekitar tiga juta kenderaan atau komponen setiap tahun.

Model pertama yang dipasang dari komponen terurai dan dibekalkan di dalam kotak ialah si legenda Beetle.

Jadi bagaimana VW buat CKD? Mari kita teliti kaedah yang digunakan

Wolfsburg, nadi utama CKD dan ke serata dunia

Kesemua tempahan yang diterima dari kilang luar negara dikumpul secara berpusat di Wolfsburg. 

Bahagian pengurusan pembekalan VW akan memastikan komponen kenderaan boleh didapati dari kilang dan pembekal Eropah.

Komponen tersebut kemudian dikumpulkan di satu daripada lapan pusat pengedaran dan dimuatkan di dalam kontena dan dihantar melalui laut ke negara luar seperti Rusia untuk dipasang.

 

70 years of CKD car exports by Volkswagen

 

Di tiga pusat pengedaran iaitu Wolfsburg, Salzgitter dan Kassel sahaja ada 660 pekerja manakala lokasi lain seperti Duisburg, Emden, Fallersleben, Wilhelmshaven dan Martorell, Sepanyol.

Kelapan-lapan pusat ini membekalkan kira-kira 1.7 juta meter padu barangan setiap tahun atau sekitar 25,000 kontena ke luar negara.

Tempoh yang diperlukan dari penerimaan pesanan sehingga kenderaan diserahkan di negara destinasi memakan masa sekitar lapan minggu. 

Secara keseluruhannya kira-kira 90 projek kenderaan berbeza dari kilang luar negara dibekalkan melalui CKD dari Eropah.

Si legenda Beetle!

 

70 years of CKD car exports by Volkswagen

 

Inilah model yang memulakan eksport VW secara terurai. Pada tahun 1950, komponen Beetle yang diasingkan secara terpisah tiba di Ireland.

Selepas itu negara lain menyusul seperti Afrika Selatan, Argentina, Brazil dan Mexico.

Kaedah ini juga menyaksikan pembesaran kilang pengeluaran seperti di Amerika Selatan di mana pemasangan CKD telah menjadi asas kepada syarikat pengeluaran utama yang beroperasi di sana seperti Volkswagen do Brasil dan Volkswagen de México.

Sekarang ini terdapat 27 lokasi pemasangan di sepuluh buah negara. Kilang pemasangan CKD VW paling besar terletak di Afrika Selatan dan di antara produk utama ialah kesemua VW Polo pemanduan kanan dipasang di sana.

Lagi model eksport yang laris ialah Tiguan dan dipasang di Rusia dan Mexico. Lain-lain kilang terletak di Amerika Syarikat, China, Brazil, Argentina, India, Malaysia dan Indonesia.

Dari manual kepada teknologi tinggi

 

70 years of CKD car exports by Volkswagen

 

Satu ketika dahulu komponen kenderaan dipek di dalam kotak secara manual dan hari ini segala-galanya berubah.

Sistem robotik canggih digunakan di pusat pengedaran dan mengurangkan beban pekerja terutama sekali melibatkan komponen kenderaan yang berat. 

Satu lagi sistem canggih apabila kecerdasan buatan (AI) memudahkan komunikasi emel dengan pembekal. Sistem akan membaca e-mel dan bertindak secara bebas.

Sebagai contoh jika pembekal memberi jawapan kepada pertanyaan dengan menyatakan satu kumpulan komponen akan dihantar di dalam beberapa pengiriman, maklumat tersebut dikesan secara automatik oleh sistem pemprosesan bahasa tabii (natural language processing/NLP) dan terus dihantar ke sistem pengurusan produksi SAP. 

Kenapa CKD lebih murah? 

Careta Tiguan R-Line 2020 06

 

Di dalam artikel ini ada dinyatakan mengenai perspektif VW tentang CKD. Bagaimana pula dengan kerajaan dan kenapa pula harga kenderaan CKD lebih murah berbanding CBU?

Kebiasaannya disebabkan insentif cukai dan pelaburan dan ini adalah amalan biasa sesebuah negara bagi membuka peluang kerja kepada rakyat dan perniagaan tempatan.

Program CKD juga menyumbang kepada limpahan ekonomi dan impaknya boleh dirasai oleh masyarakat setempat.

Bila ada pekerja ada yang membeli seterusnya orang meniaga, pemilik rumah sewa dan sebagainya sama-sama mendapat faedah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…