Apa anda boleh buat bila buka hud enjin?

oleh HEZERI SAMSURI|
Percaya atau tidak, semakin moden kenderaan itu, semakin kurang perkara yang kita boleh periksa dan lakukan di ruang enjin.

Malah antara sebab kenderaan baharu sekarang dipasang dengan penutup enjin sepenuhnya ialah untuk mengawal kawasan mana yang boleh "disentuh" oleh pengguna sendiri. Selebihnya adalah disyorkan dihantar semula ke pusat servis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cecair
Ini termasuk minyak pelincir enjin (gunakan dipstick), cecair brek, air pembersih cermin hadapan, cecair penyejuk enjin (coolant) dan jika masih menggunakan bateri tradisional, periksa air bateri. 

Tali sawat
Kereta moden ada dua tali sawat yang perlu diperiksa, iaitu talisawat sokongan (auxiliary, yang disambung ke kipas, pendingin hawa, pam stereng berkuasa (jika masih ada) dan lain-lain komponen) dan tali sawat pemasa (timing belt, jika enjin menggunakan sistem ini). Periksa samada ia sudah kendur, terkoyak pada tepinya, lusuh atau kendur. Tali sawat yang putus boleh menyebabkan kerosakan beribu ringgit.

 

Hos dan paip
Periksa semua hos dan paip yang ada. Jika ada yang terkoyak, atau terlipat, periksa samada ia boleh dibaiki atau perlu diganti. Periksa juga sambungan jika ada yang longgar.

Kebocoran cecair
Periksa persekitaran enjin untuk melihat ada sisa minyak atau cecair mengalir atau terkumpul. Ini adalah sebabnya anda perlu selalu bersihkan kawasan enjin dan selalu periksa agar anda nampak perbezaan jika berlaku kebocoran.

 

Bateri
Bateri bebas selenggara tidak lagi memerlukan kita memeriksa kadar air bateri tetapi ia masih perlu diperiksa selepas setahun. Gunakan alat menguji tenaga bateri untuk mengetahui kadar CCA (Cold Cranking Ampere). Jika kadar CCA terlalu rendah, enjin tidak akan hidup. 
Pastikan terminal positif dan negatif pada bateri bersih dari kerak putih. Anda boleh menggunakan air yang dicampur dengan soda penaik atau beli sebarang alat mencuci terminal bateri di pasaran (WD40 juga boleh membantu).
Jika kenderaan selalu dibiar di tempat parkir, beli pengecaj bateri untuk menjaga bateri tersebut. Menghidupkan enjin seminggu sekali selama 10 minit tidak lagi digalakan kerana mencemarkan ruang udara tempat parkir dan enjin dalam keadaan melahu tidak mampu mengecaj bateri dengan baik.

Kabel elektrik
Periksa samada semua kabel elektrik dalam keadaan baik dan tidak ada yang terkoyak. Periksa juga penyambungnya masih ketat dan tidak mudah tercabut.

 

 

Binatang
Bunyinya lucu tetapi binatang seperti tikus boleh menggigit kabel-kabel elektrik (wiring harness) dan kos penggantian boleh mencecah ribuan ringgit. Sarang burung, semut dan angkut-angkut juga mampu menyebabkan kerosakan. Ular juga suka duduk di dalam ruang enjin. Bunyi anak kucing yang mati kerana terkena kipas pula boleh menyebabkan anda mengigau selama dua malam berturut-turut.


Jika anda tidak pasti, hantar kepada mekanik atau telefon mekanik dan mintak pendapat kerana tikus yang membaiki labu boleh menyebabkan bil yang lebih tinggi dari yang sepatutnya!

 

 

Sebelum anda membuat sebarang kerja penyelenggaraan kepada kenderaan anda, buka buku manual dan baca berkaitan bab penyelenggaraan (maintenance) yang anda boleh lakukan.

Jika anda alah kepada huruf dan mengalami kerengsaan kulit kerana memegang sebarang jenis buku, cari isteri atau suami yang mampu membantu anda. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia juga mempunyai ciri-ciri "stealth" yang tinggi, bermakna ia sukar dikesan radar. Malah dari…
Informasi
  VW melengkapinya pada model elektrik ID.3 dan ID.4 seterusnya menjadi pengeluar pertama di…
Berita Global
Berdasarkan trend yang ditunjukkan oleh syarikat automotif semasa, tidak mustahil perkara yang…