Apa akan jadi jika masih ramai mat motor langgar lampu merah? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Semakin lama, semakin kerap kita lihat penunggang motosikal tidak menghormati lampu isyarat.

Walaupun membawa anak pun, si bapa tanpa rasa berdosa melanggar lampu merah - memberikan contoh tidak baik dan menjanjikan generasi akan datang yang langsung tidak mengendahkan undang-undang.
Modenas

Cuaca panas, leceh tunggu lama-lama dan hendak mengejar trip menjadi alasan popular bila ditanya. Ada yang berkata, lampu isyarat hanyalah "cadangan" dan pengguna lebih bijak dari sistem itu.

Perangai kurang berdisiplin ini yang akan meningkatkan rasa meluat pengguna jalanraya yang lain dan di mata agensi-agensi terbabit, penunggang motosikal akan hanya dipandang sebagai "budak nakal tidak matang".

 

 

Selain dari jumlah kemalangan yang semakin meningkat, di bawah ialah antara perkara-perkara yang bakal terjadi sekiranya penunggang motosikal terus melanggar lampu isyarat:

  1. Lebih banyak operasi pihat berkuasa mensasarkan motosikal.
  2. Undang-undang dalam syarikat yang lebih ketat dan mengongkong untuk rider-rider penghantar makanan dan barang (P-hailing).
  3. Nombor telefon aduan ditampal pada motosikal bagi rider-rider P-hailing.
  4. Undang-undang lebih ketat untuk motosikal - seperti membataskan kelajuan maksimum motosikal kepada 80 kmsj dengan harapan mengurangkan penggunaan motosikal (cadangan ini pernah disuarakan oleh kerajaan).
  5. Pemasangan kamera AWAS di lebih banyak lampu isyarat.

 

 

Ingat, pembuat undang-undang memang rungsing dengan kadar kemalangan maut yang sangat tinggi di kalangan pengguna motosikal dan adalah lebih mudah mengawal motosikal dari kenderaan roda-empat. 

Alasan remeh dan tidak matang seperti menuding jari kepada kenderaan lain sebagai punca kemalangan tidak terguna di sini kerana samada kita suka atau tidak, kelakuan tidak berdisiplin pengguna motosikal akan hanya memberikan mereka yang berkuasa lebuh banyak "peluru" untuk mengetatkan penggunaan motosikal.

Saya juga pengguna motosikal - dan jangan cakap saya tak ingatkan pula ya.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Ibu kanak-kanak tersebut, Nur Natasya Rasid, 24, berkata, pada 11 November lalu, dia bersama…
MotorGP
  "Kami dengan bangga dan gembira ingin memaklumkan kerjasama bersama Hafizh yang akan mengibarkan…
Informasi
  Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang…