Anwar Ishak kini Ketua Pegawai Eksekutif TERAS Teknologi Sdn Bhd

oleh Mohamad Hanif|
TERAS Teknologi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang merupakan perintis dalam teknologi sistem Pengumpulan Tol Elektronik telah melantik Anwar Ishak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelantikan ini akan meletakkan organisasi tersebut di barisan hadapan digitalisasi industri tol dan melengkapkan industri berkaitan dengan teknologi baharu.

Anwar Ishak mempunyai kelulusan Sarjana Kejuruteraan dalam Sistem Komputer dan Elektronik dari King College of London, dan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang digital, peralihan teknologi dan cabang telekomunikasi.

Antara sumbangan beliau termasuklah mengembangkan sistem pengendalian penumpang dan bagasi lapangan terbang berasaskan web, program kesetiaan pelanggan dan sistem pembayaran tanpa tunai yang digunakan secara meluas bagi para pelanggan yang berpangkalan di United Kingdom dan di seluruh dunia.

Anwar juga turut menerajui Digital IT di Digi Telecommunications, di mana beliau bertanggungjawab memacu digitalisasi telco dari perspektif teknologi yang merangkumi perubahan cara kerja, pengurusan perbelanjaan, strategi digitalisasi serta penyelidikan dan pembangunan untuk peluang perniagaan baharu.
 

PLUS


Ketika mengulas pelantikannya, beliau berkata, "saya teruja dapat menyertai TERAS di mana RFID bakal dilihat menjadi pemangkin perubahan bagi industri logistik."

"Saya percaya dengan kepakaran teknologi TERAS, PLUS akan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu dan meletakkan industri lebuh raya ke tahap yang lebih tinggi melalui penyesuaian digitalisasi," ujarnya lagi.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TERAS, Anwar akan turut menjadi pasukan kepimpinan kanan PLUS, di mana beliau akan bekerjasama dengan Pengurusan Tertinggi PLUS yang lain untuk memastikan bahawa inisiatif pendigitalan akan dijalankan secara berterusan, sekaligus mendorong pertumbuhan dalam syarikat.

Dalam masa yang sama, Datuk Azman Ismail sebagai Pengerusi TERAS turut menjelaskan  bahawa pelantikan Anwar mencerminkan komitmen syarikat dalam memastikan PLUS untuk terus menjadi peneraju dalam industri lebuh raya. Anwar juga diharapkan dapat meningkatkan usaha PLUS dalam memperkukuhkan inovasi menjangkaui kutipan tol dengan bermatlamatkan usaha pemodenan sistem kutipan tol dan lebuh raya sedia ada, selari dengan aspirasi negara untuk meningkatkan kerjasama pihak awam-swasta seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).