Anugerah Pengedar Volkswagen 2018 - penghargaan kepada para pengedar dan kakitangan dalam rangkaiannya

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meraikan pencapaian para pengedarnya dalam acara Malam Anugerah Pengedar Volkswagen 2018 di hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anugerah Pengedar Volkswagen ini adalah untuk mengiktiraf dan meraikan pengedar serta kakitangan terbaik di atas pencapaian mereka yang menyokong jenama Volkswagen di Malaysia sepanjang tahun 2018. Acara itu dihadiri oleh 25 pengedar daripada rangkaian pengedaran Volkswagen di seluruh negara.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Anugerah Pengedar 2018 


Empat anugerah telah disampaikan di bawah kategori pengedaran yang melibatkan pengedar pusat 3S dan 4S. Kriteria penjurian dan skor dinilai berdasarkan kepada usaha pengedar dalam aspek jualan dan pemasaran, selepas jualan, kepuasan pelanggan, pematuhan standard serta kelayakan tenaga kerja. Para pengedar ini dinilai mulai Januari hingga Disember 2018.

 

Anugerah Pengedar Terbaik Keseluruhan bagi tahun 2018 diberikan kepada MHV Autohaus (Volkswagen Gombak). MHV Autohaus juga memenangi Pengedar Terbaik Keseluruhan pada tahun 2017. 

 

Penerima lain untuk Pengedar Terbaik dalam kategori-kategori lain (mengikut lokasi dan wilayah) adalah:  

1. Kategori A – pusat 4S: Wearnes Automotive  
2. Kategori B – pengedar di Lembah Klang: MHV Autohaus  
3. Kategori C – pengedar di luar Lembah Klang: Lee Motors Autohaus 

 

Pencapaian Keseluruhan Terbaik 2018 


Bakat individu dalam rangkaian pengedar turut diiktiraf dan diberi anugerah di atas prestasi luar biasa mereka ketika bertindak sebagai Pengurus Jualan, Penasihat Jualan, Pengurus Selepas Jualan, Pengurus Alat Ganti, Perunding Servis dan Juruteknik. 

 

Kakitangan daripada pelbagai kategori dinilai dari segi kualiti dan kuantitatif dalam pencapaian KPI mereka bagi peringkat serta jawatan berbeza. 

 


Antara kriteria yang dinilai adalah sasaran selepas jualan, tahap kepuasan pelanggan, pematuhan terhadap proses dan prosedur serta berjaya memperoleh kelayakan dan latihan yang diperlukan. 

 

Enam orang individu dengan Pencapaian Keseluruhan Terbaik ialah:


1. James Leong dari MHV Autohaus sebagai Pengurus Jualan Terbaik 
2. Yan Mun Ee dari Goh Brothers, Ipoh sebagai Perunding Jualan Terbaik 
3. William Loh dari MHV Autohaus sebagai Pengurus Selepas Jualan Terbaik 
4. John Leow dari MHV Autohaus sebagai Pengurus Alat Ganti Terbaik 
5. Azrul Muzakhair dari Wearnes Sg Besi sebagai Penasihat Servis Terbaik 
6. Husni Thamrin dari Lee Motors, Alor Setar sebagai Juruteknik Terbaik 
 

 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa anugerah itu diadakan bukan sahaja untuk mengiktiraf kerja keras semua pengedar Volkswagen, malah direka bagi meningkatkan penanda aras para pengedar di seluruh rangkaian.

“Tahun demi tahun, kami terus memberi galakan dan dorongan kepada rakan-rakan pengedar agar terus melakukan penambahbaikan. Kami membina kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan para pemilik kenderaan Volkswagen menerusi para pengedar ini dengan cara meningkatkan pengalaman pemilikan mereka secara keseluruhannya. Justeru, kami rasa bangga kerana dapat mengiktiraf usaha dan kerja keras yang telah mereka sumbangkan untuk perniagaan serta jenama Volkswagen.” 

 

Turut hadir di majlis tersebut untuk menerima trofi masing-masing ialah para pemenang Kejohanan Dunia Kelayakan Jualan Runcit Volkswagen (RQWC) 2018/2019 Peringkat Kebangsaan iaitu: 

 

1. Lu Weng Jen dari MHV Autohaus untuk kategori Penasihat Servis
2. John Leow Zhi Kuan MHV Autohaus untuk kategori Servis Alat Ganti  
3. Yeoh Chun Ping dari Goh Brother Motors untuk kategori Ketua Juruteknik 

 

Anugerah-anugerah tersebut disampaikan oleh Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM, Florian Steiner dan Pengarah Selepas Jualan VPCM, Deenan Nadar. 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…