Anugerah Enjin Terbaik sepanjang tahun 1998-2018

oleh Mohamad Hanif|
Anugerah International Engine of The Year kini menyambut ulang tahun ke-20 dan insan di sebalik tabir anugerah ini telah pun menyenaraikan enjin-enjin yang terbaik dalam masa 20 tahun sejarah penganugerahan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan senarai enjin terbaik yang pernah memenangi anugerah tersebut. 

 

10. Fiat 875cc Twin Air/BMW N62 4.4 liter Valvetronic/Honda 1.0 liter IMA 


Ketiga-tiga enjin ini berkongsi di tangga ke-10 dan gambar di atas merupakan enjin hibrid 1.0 liter IMA yang digunakan pada Honda Insight generasi terawal. 

 

9. Toyota 1SZ-FE 1.0 liter 


Enjin yang dibangunkan bersama Daihatsu ini digunakan pada Toyota Yaris pada tahun 1999 yang menggantikan penjualan kereta di bawah lencana Starlet.

 

8. Mazda 13B-MSP Renesis 1.3 Liter


Enjin rotari generasi terbaharu ini digunakan pada Mazda RX-8 ini menghasilkan sejumlah 280 hp daripada enjin 1.3 liter. Amat menakjubkan. 

 


7. BMW N54B30 3.0 liter Twin Turbo


Memenangi anugerah enjin terbaik sedunia selama dua tahun berturut-turut pada 2007 dan 2008.

 


6. BMW B38 1.5 liter hibrid


Enjin tiga silinder yang menduduki kereta BMW i8 ini telah merangkul anugerah enjin terbaik pada tahun 2015. 
 

 

5. Toyota 1NZ-FXE 1.5 liter Hybrid Synergy Drive


Enjin hibrid yang dikeluarkan oleh Toyota ini digunakan oleh generasi terawal Toyota Prius. 
 

 

4. Volkswagen 1.4 liter TSI Twincharger


Twincharger membawa maksud dua sistem induksi pendesak yang berlainan digunakan pada enjin ini, iaitu induksi pengecas lampau (supercharger) dan induksi desakan turbo. 

 

3. BMW S54 3.2 liter M3


Enjin enam silinder sebaris ini digunakan pada model BMW E46 M3. 

 

2. Ford Ecoboost 1.0 liter


Enjin binaan Ford ini memenangi anugerah International Engine of The Year tiga tahun berturut-turut sebelum ia dirampas oleh BMW B38 i8 pada tahun 2015.
 

 

1.  Ferrari F154CB 3.9 liter V8 twin turbo


Enjin V8 Ferrari ini telah memenangi anugerah enjin terbaik sepanjang 20 tahun penganjuran anugerah tersebut dan kini ia digunakan pada Ferrari 488.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Ia merupakan mitos semata kerana gula tidak larut dalam petrol dan ia akan kekal dalam bentuk…
Berita Global
Anda boleh mengubah kereta elektrik itu menjadi sebuah EV yang mampu menawarkan pemanduan yang…
Berita Global
Projek super dron AZ1000 yang dihasilkan oleh Arase Aizawa Aerospatiale LLC itu diperlihatkan…