Anugerah “Car of the year” 2017 perkenal kategori baharu

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Anugerah Kereta Terbaik Tahunan atau “Car of the year” (COTY) merupakan antara acara berprestij yang menambah keyakinan pengguna terhadap model yang terpilih dan menjadikannya sebagai penanda aras dalam industri.

 

Bagi tahun ini (2017), komuniti panel hakim untuk anugerah MAI-COTY 2017 kini telah memuktamadkan kriteria dan kategori-kategori bagi setiap kereta.

 

Perubahan besar kini telah diperkenalkan iaitu kelayakan untuk mendapatkan anugerah tidak terhad kepada kereta baharu yang dilancarkan dalam tempoh tertentu, namun kereta yang kini sedang dijual dalam pasaran juga akan dinilai.

 

Selain itu, bagi mengiktiraf usaha pengeluar yang menjual kereta hibrid dan PHEV, satu kategori baharu iaitu pengecualian cukai EEV sepenuhnya turut diperkenalkan.

 

Sebelum ini, panel juri anugerah COTY terdiri daripada wartawan bidang permotoran dan golongan profesional yang mempunyai banyak pengalaman dalam menguji kenderaan.

 

Kelainan untuk tahun ini, tiga lagi juri baharu dibawa untuk bersama-sama menilai dan memilih penerima anugerah COTY 2017. Tiga juri baharu yang dimaksudkan adalah Datuk Dr. Teoh Siang Chin, seorang doktor perubatan dan pakar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

 

Turut bersama-sama, Azmi Abdullah, yang merupakan seorang bekas pekerja Petronas dimana beliau telah memainkan peranan yang penting dalam Sauber Petronas, kumpulan Formula 1 dalam pembangunan enjin dan pelincir. Juri ketiga, Professor Sulik Sulaiman, graduan Royal College of Art, London yang bertanggungjawab melatih generasi pereka kereta di Malaysia.

 

Anugerah COTY 2017 bakal diumumkan bersempena dengan Malaysia Autoshow oleh MAI yang akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada 9 hingga 12 November 2017.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara ini turut meraikan tahun ke-20 Anugerah Malaysian Car of The Year (COTY) sebagai penghormatan…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…
Berita Domestik
Perodua terus menjadi syarikat automotif nombor satu di Malaysia selama lebih 11 tahun dan tahun…