Kapal yang diberikan nama Mriya (atau impian dalam bahasa Ukraine) itu berada di lapangan berdekatan Kyiv sejak 24 Februari lalu untuk tujuan penyelenggaraan.
Menurut kenyataan syarikat itu, kerja-kerja pembaikan salah satu daripada enjin pesawat itu menyebabkan ia tidak mampu untuk berlepas daripada lapangan tersebut walaupun arahan pemindahan telah diberikan.
Dalam pada itu, Menteri Luar Negara Ukraine, Dmytro Kuleba membuat hantaran di laman mikroblog yang berbunyi: "Russia mungkin telah menghancurkan 'Mriya' kami. Namun mereka tidak akan mampu untuk menghancurkan impian kami untuk menjadi sebuah negara Eropah yang kuat, bebas dan demokratik."
Sumber: CNN