Anthony Loke - Syarikat swasta mahu teruskan HSR KL-Singapura

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan sedang meneliti kertas cadangan pelaksanaan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura selagi ia membabitkan pelaburan swasta dari negara ini.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beberapa syarikat swasta juga telah menyatakan minat untuk melaksanakan pembangunan HSR KL-Singapura.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Menurutnya, model pelaksanaan dan pembiayaan yang hendak digunakan syarikat swasta itu perlu diteliti terlebih dahulu agar bersesuaian dengan projek berkenaan.

"Setakat ini, kita masih di peringkat mendapatkan maklum balas memandangkan terdapat beberapa syarikat swasta yang berminat mahu projek HSR KL-Singapura diteruskan.

"HSR KL- Singapura turut menjadi antara perkara yang dibincangkan dengan Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran dalam pertemuan pada tengah hari Khamis," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena lawatan ke tapak projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura di Stulang Laut di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Iswaran menjelaskan, Singapura terbuka dan bersedia meneliti apa juga cadangan Malaysia bagi pelaksanaan semula HSR KL- Singapura.

"Saya di sini memberi komitmen Singapura untuk meneliti cadangan dari Malaysia berhubung pelaksanaan sema HSR.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Undang-undang kita yang sedia ada cukup tegas bukan saja bawah Akta Pengangkutan Jalan tapi juga…
Berita Domestik
“Konvoi itu bukan dengan mana-mana VIP, ia adalah raptai untuk Le Tour de Langkawi (LTdL). "Itu…
Informasi
“Ia seperti pemasangan rasuk (beam launching), pembinaan stesen dan pemasangan landasan (track…