Menurutnya, berdasarkan siasatan, soket elektrik tidak dimasukkan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut.
Tambah beliau, susulan kematian seorang remaja 18 tahun akibat renjatan elektrik pada Isnin lepas, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah melarang penggunaan soket elektrik di dalam bas ekspres buat sementara waktu.
“Memang APAD telah mengeluarkan satu larangan sementara penggunaan soket elektrik dalam bas ekspres sehingga siasatan tersebut selesai dijalankan.
“Setakat ini, semua bas yang ada soket tersebut, dilarang untuk menggunakan soket ini sementara waktu sebab kita nak dapatkan punca sebenar, apakah punca insiden ini.
“Kalau ada apa-apa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi pihak Kementerian Pengangkutan, kita bersedia untuk bekerja sama dengan Suruhanjaya Tenaga.
“Terutamanya adalah untuk melihat balik SOP yang kita laksanakan sebelum pendawaian atau penggunaan soket-soket ini dibenarkan dalam bas ekspres,” katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Khamis.