Anthony Loke - Satu perjalanan pengangkutan awam, kurangkan 300 kenderaan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Satu perjalanan pengangkutan awam dapat mengurangkan sebanyak 300 kenderaan di jalan raya, sekali gus mengurangkan kesesakan di kawasan-kawasan tumpuan terutama di Lembah Klang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, jumlah penumpang yang menaiki pengangkutan awam sudah mencecah lebih satu juta orang sehari.

“Maksudnya kalau orang itu menaiki (pengangkutan awam sehari) dua kali pun, dia mengurangkan 500,000 kenderaan di atas jalan raya. Bayangkan kalau tanpa sistem pengangkutan awam kita, lagi parah kita punya kesesakan di jalan raya.

“Pada hari ini, walaupun kita ada satu sistem pengangkutan awam yang boleh dikatakan komprehensif di Lembah Klang tetapi masalah kesesakan di jalan raya masih begitu teruk lagi,” katanya dalam Forum Ilmuwan Malaysia Madani (FIM) pada Rabu.

Anthony berkata, cabaran yang dihadapi kerajaan adalah mengalihkan rakyat terhadap penggunaan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam pada setiap hari.

“Ini supaya mereka meletakkan kenderan di rumah dan mengurangkan penggunaan persendirian. Itu adalah cabaran kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Seremban itu berkata, Kementerian Pengangkutan sedar trend kemalangan melibatkan kenderaan berat yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan rakyat.

Jelasnya, kementerian sudah mengambil tindakan terhadap kenderaan-kenderaan berat yang melakukan kesalahan. 

 

RTM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pada dasarnya, pembiayaan projek pada peringkat awal akan ditanggung oleh pihak konsortium yang…
Berita Domestik
"Pejabat yang terletak di Tingkat 3, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) itu dibangunkan menerusi…
Berita Domestik
Beliau berkata, kerajaan memandang serius trend pemasangan lampu itu dan sedang meneliti kesannya…