Anthony Loke - Salah guna laluan bas, pengguna mungkin dikenakan tindakan lebih ketat

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan penguatkuasaan lebih ketat terhadap pengguna jalan raya yang menyalahgunakan laluan khas bas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penguatkuasaan itu bagi memastikan laluan khas bas berkenaan tidak dieksploitasi oleh pengguna jalan raya yang lain.

Beliau berkata langkah itu juga sebahagian daripada usaha kerajaan bagi memastikan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan bas, menjadi antara pilihan utama dalam kalangan rakyat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Pendekatan saya ialah carrot and stick (ganjaran dan hukuman). Jika carrot (manfaat) tidak menarik mereka, kita akan gunakan stick (penguatkuasaan). Orang ramai tidak berminat menaiki bas kerana terdapat kemungkinan mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya kerana kekerapan bas sukar dijangka. Itulah sebabnya kita berusaha keras memperkenalkan laluan bas.

"Kita ada dua laluan pada masa ini iaitu di Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang. Jika dua koridor ini berjaya, kita bercadang untuk menambah laluan bas ini," katanya pada sidang media selepas membentangkan Laporan Prestasi 2023 dan Pelan 2024 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Menara UOA di Kuala Lumpur pada Selasa.

Terdahulu, ketika membentangkan laporan Prasarana, Loke memaklumkan purata penumpang yang disasarkan pada tahun ini berjumlah 285,000 penumpang iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 241,000 penumpang pada 2023.

Menurut Loke, pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan pada ketika ini dalam melaksanakan proses bukti konsep bagi pelaksanaan perluasan dua laluan khas bas iaitu di daerah Lembah Klang melibatkan Jalan Ampang dan Jalan Klang Lama ke Jalan Puchong termasuk di Jalan Burma, Pulau Pinang.

Selain itu, Prasarana turut menyasarkan untuk menaik taraf sebanyak 117 tapak perhentian bas, 11 laluan pejalan kaki dan 15 hab bas untuk tahun ini.

Dalam pada itu, Loke berkata Kementerian Pengangkutan menetapkan dasar baharu bagi pembelian bas Prasarana adalah ke arah bas elektrik bermula 2025 dalam usaha meningkatkan penggunaan kenderaan hijau, selaras dengan inisiatif Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

"Tahun depan kita akan cuba supaya pembelian bas baharu ke arah bas elektrik (EV). Cuma ada satu lagi pembelian baharu melibatkan 310 bas diesel dan saya telah nyatakan kepada Prasarana bahawa ini merupakan pembelian terakhir bas diesel. Selepas itu, perolehan bas adalah ke arah bas EV," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…