Anthony Loke: Pengangkutan Awam Kekal Beroperasi Seperti Biasa pada Sabtu, 26 Julai

oleh Qalif Latif|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, hari ini mengesahkan bahawa semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk stesen kereta api KTMB dan Prasarana akan terus beroperasi seperti biasa pada Sabtu, 26 Julai 2025.

Loke

Langkah ini diambil bagi memastikan rakyat, khususnya mereka yang berada di ibu kota atau akan menyertai perhimpunan pada hari tersebut, dapat menjalankan urusan harian tanpa gangguan. Anthony Loke turut menegaskan bahawa Kerajaan Madani komited mempertahankan hak untuk berhimpun secara aman, termasuk bagi pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Kita tidak boleh kembali kepada zaman yang menindas demokrasi sehingga Parlimen pun ditutup,” tegas beliau.

MY50 dan MyCity Pass Masih Ditawarkan

Bagi mereka yang datang ke Kuala Lumpur, Anthony Loke mengingatkan bahawa pas perjalanan MY50 boleh diperbaharui secara dalam talian menerusi aplikasi Touch 'n Go. Pas ini bernilai RM150, namun pengguna hanya perlu membayar RM50 kerana kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM100.

Sementara itu, pelawat yang pertama kali mencuba pengangkutan awam di ibu kota boleh mendapatkan MyCity Passdengan harga hanya RM6 untuk perjalanan tanpa had selama satu hari menggunakan LRT, MRT, BRT, Monorel dan RapidBas. Pas ini juga dijangka akan didigitalkan sepenuhnya pada hujung tahun.

Galakan Guna Pengangkutan Awam Pada Hari Perhimpunan

Menteri itu turut menyeru semua peserta perhimpunan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur. Beliau menyifatkan penggunaan pengangkutan awam sebagai langkah yang bukan sahaja lebih efisien, malah mencerminkan semangat Malaysia Madani yang mengutamakan kemudahan rakyat dan keterbukaan demokrasi.

Yang lebih penting, pengangkutan awam kita harus terus berfungsi agar majoriti rakyat boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa diganggu oleh perhimpunan pembangkang,” katanya lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, jenayah kecurian kabel tidak boleh dianggap sebagai kes kecurian biasa kerana ia memberi…
Berita Domestik
Beliau berkata, insiden itu berlaku ketika proses pertukaran landasan apabila gerabak pertama…
Berita Domestik
Beliau berkata, ketika ini tiada sebarang perubahan dasar diputuskan kerana kerajaan masih…