Anthony Loke - Pelaksanaan cukai jalan kenderaan digital akan diteruskan

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kementerian Pengangkutan TIDAK AKAN mengkaji semula pelaksanaan cukai jalan kenderaan dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara digital yang dilaksanakan sejak Februari tahun lalu.

Menterinya, Anthony Loke berkata, inisiatif pendigitalan cukai jalan dan LMM akan terus dikekalkan sejajar dengan dasar digitalisasi negara.

"Pengguna masih boleh cetak cukai jalan digital ini jika terdapat keperluan termasuk mematuhi peraturan negara jiran, tiada masalah," kata beliau lagi.

Sebelum ini, beberapa pihak terutama pengguna meminta supaya kerajaan mengembalikan pelaksanaan cukai jalan dan lesen memandu fizikal berikutan ia menjadi keperluan memasuki negara jiran, termasuk Thailand.

- sekarang ni bila ada roadblock pasti kena tahan, kena 'buka' aplikasi MyJPJ, paparan skrin kena tunjuk pada pegawai bertugas, rasanya berjuta-juta dibelanjakan pada backend sistem, kenapa pengguna yang kena guna handphone sendiri untuk buktikan cukai jalan dan lesen masih 'hidup'? -

 

Artikel sepenuhnya di Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau menasihati pemandu yang terlibat dengan saman tersebut agar tidak bertangguh untuk membuat…
Informasi
Bemula esok, 17 Februari (Isnin) permohonan bagi pertukaran Lesen Memandu Percubaan (PDL) Kepada…
Berita Domestik
"Antara penambahbaikan terkini yang dilaksanakan adalah pengenalan fungsi pembaharuan Lesen…