Anthony Loke - KP JPJ wajar anggotai pasukan petugas khas siasat isu nombor plat klasik

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salah laku di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan wajar dianggotai Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagus Taha.

Penglibatan penuh JPJ diperlukan bagi mengakses maklumat berkaitan siasatan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke pelantikan Rospiagus sebagai Ketua Pengarah JPJ pada 19 Jun lepas dilihat sebagai tidak mempunyai kepentingan dalam isu disiasat.

"Sudah semestinya perlu dianggotai oleh Ketua Pengarah JPJ, kerana baru dilantik. Penglibatan JPJ perlu kerana mempunyai akses kepada data dan maklumat berkaitan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas berucap dalam Persidangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) 2023.

Penjelasan berkenaan merujuk kepada individu yang mempertikaikan mengenai penglibatan Rospiagus dalam pasukan petugas khas siasatan dakwaan salah laku berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan.

Jumaat lepas, Loke mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas dianggotai Unit Integriti Kementerian Pengangkutan untuk menyiasat dakwaan salah laku di JPJ berkaitan pendaftaran nombor plat klasik kenderaan.

Beliau berkata perkara itu dibangkitkannya dalam mesyuarat pasca Kabinet susulan pendedahan dokumen dikenali sebagai 'JPJandora Papers' yang dibuat saluran Telegram Edisi Siasat.

Edisi Siasat mendakwa wujud skandal JPJ apabila nombor plat klasik dihidupkan semula dan dijual dengan harga ratusan ribu ringgit, dengan kegiatan itu dikatakan didalangi pegawai JPJ sendiri.

Turut disertakan dokumen 28 muka surat dikenali 'JPJandora Papers' yang antara lain memaparkan senarai nombor plat kenderaan klasik yang didakwa dipunggah keluar, didaftarkan hak milik serta termasuk ada yang sudah dijual dengan harga amat lumayan sama ada kepada individu atau syarikat.

Dokumen itu turut memperincikan jumlah nombor yang disenarai berdasarkan tahun iaitu sejak 2007, selain mengikut negeri dengan Selangor, Perak dan Johor antara paling tinggi.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata, angka itu melebihi sasaran 2022 iaitu RM4.21…
Berita Domestik
  Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam satu hantaran Facebook…
Berita Domestik
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, ia bagi mengetahui…