Anthony Loke - Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kontrak MyEG Services Bhd (MyEG) dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun bagi perkhidmatan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disediakannya.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan biarpun kontrak itu dilanjutkan namun ia tidak lagi eksklusif seperti sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.

"Mereka telah diberikan lanjutan tiga tahun. Kita telah beri mereka lanjutan tiga tahun. Kami sudah jelaskan ia tidak eksklusif.

"Bermakna mereka hanya salah satu penyedia, jika ada penyedia e-kerajaan lain yang ingin memohon dengan kerajaan kita boleh pertimbangkan," katanya pada media pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai konsesi MyEG yang akan tamat tempoh bulan ini.

Pada Mei 2020, MyEG telah memperoleh lanjutan tiga tahun kontrak untuk perkhidmatan e-kerajaan yang disediakannya.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
MyEG berkata kedua-dua syarikat itu masing-masing menerima surat pelantikan daripada JPJ pada Isnin…
Berita Domestik
  Ia kerana isu kehabisan stok pelekat cukai jalan menjejaskan wakil Takaful Am memperbaharui…
Informasi
  “JPJ dengan kerjasama pembekal dokumen disk LKM telah menghantar bekalan sebanyak 1,145,000…