Anthony Loke - Kerja baik pulih kerosakan laluan LRT Masjid Jamek perlukan 7 bulan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menurut Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke, kerja baik pulih kerosakan di laluan LRT Ampang antara stesen Masjid Jamek dan Bandaraya dijangka mengambil masa sehingga tujuh bulan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan dari The Star, beliau berkata pihak Prasarana sedang dalam proses untuk mencari kontraktor bagi memulakan kerja-kerja pembaikan tersebut yang dijangka bermula pada bulan Mac.

Anthony Loke berkata, “Tempoh ini meliputi dua bulan pembaikan sementara dan lima bulan untuk pembaikan menyeluruh."

"Kerja pembaikan akan mengambil masa kerana penyiasatan menunjukkan bahawa kerosakan pada struktur yang terjejas mempunyai risiko keselamatan yang serius,"

Beliau turut menyatakan bahawa penyiasatan menunjukkan bahawa tiga struktur jejambat telah retak, dan kerosakan tersebut dikatakan berpunca dari kerja pembinaan bangunan hotel 44 tingkat berdekatan laluan tersebut.

Pembinaan bangunan hotel tersebut juga dikatakan tidak mendapat kelulusan dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Anthony Loke juga memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menambah bahawa perkhidmatan bas shuttle yang bermula semenjak 27 Januari akan diteruskan di laluan terjejas.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…