Anthony Loke - Kerajaan Persekutuan ambil alih pelaksanaan projek LRT Pulau Pinang

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan Persekutuan secara prinsip mengambil alih pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan projek itu dimulakan dengan segera, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.


Beliau berkata, kerajaan Persekutuan akan membiayai projek berkenaan, namun modul dan mekanisme berkaitan pembiayaan perlu dibincang dan diperincikan terlebih dahulu sebelum projek itu dimuktamadkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan pusat hanya membiayai projek LRT dan ia tidak melibatkan projek tambak laut.

"Kita akan fokus pembinaan sistem LRT. Satu keputusan prinsip telah diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa Kerajaan Persekutuan bersedia untuk membiayai projek ini... tapi dari segi model pembiayaan, dari segi mekanisme pembiayaan, itu perlu dibincangkan dan diperincikan.

"Sebab ada melalui dana daripada pembangunan ataupun off budget atau cara pembiayaan melalui PTP sebagainya... itu perlu kita perincikan lagi.

"Jadi itu belum kita muktamadkan, yang penting ialah Kerajan Persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju untuk melaksanakan projek ini di bawah tanggungjawab Persekutuan," katanya.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pihaknya juga mempertimbangkan pembinaan depoh Transit LRT di pulau yang akan ditambak dalam Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) seperti dicadang dalam laporan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow melahirkan rasa gembira dan menyifatkan projek LRT itu sebagai hadiah terbaik Aidilfitri buat rakyat dan negeri Pulau Pinang .

Katanya, rancangan Projek LRT dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ke Bayan Lepas sudah diusahakan sejak 2015 meskipun menerima tekanan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat sendiri.

"Ini adalah hadiah Aidilfitri terbaik untuk rakyat Pulau Pinang selepas sekian lama mengharungi halangan berliku, banyak dugaan termasuk bantahan daripada rakyat dan NGO namun akhirnya semua cabaran dapat diatasi apabila Kerajaan Persekutuan terbuka melihat keperluan kita untuk membangunkan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh pada Sabtu

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan menambah dana kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan segera projek LRT di negeri itu.

Katanya satu pertemuan dengan kerajaan negeri akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan skim pelaksanaan projek terbabit.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis dan pakar sistem pengangkutan, Abi Sofian Abdul Hamid, berkata jajaran itu,…
Informasi
"Antara syaratnya ialah projek penambakan perlu dikurangkan... sebab sebelum ini, ada dua pulau…
Berita Domestik
"Cadangan asal jajaran adalah berhenti pada stesen KOMTAR, namun MRT Corp mahu ia dibawa hingga ke…