Anthony Loke - Gaji tidak setimpal punca pemandu bas berkurangan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kadar bayaran gaji yang tidak setimpal menjadi punca berlakunya kekurangan pemandu bas di negara ini khususnya di beberapa kawasan tumpuan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, antara pihak yang paling terjejas adalah pengusaha syarikat bas ekspres.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Tambah Loke, pihaknya dengan kerjasama Prasarana telah mengadakan inisiatif untuk pemberian elaun tambahan harian kepada pemandu bas.

“Ini bagi memastikan pemandu bas dibayar mengikut produktiviti mereka. Jadi apabila mereka datang kerja ada pendapatan tambahan seterusnya membuatkan pakej pemandu bas jadi lebih menarik.

“Kita harap usaha ini dapat tarik lebih ramai individu untuk berkhidmat sebagai pemandu bas terutamanya di kawasan Lembah Klang.

“Lembah Klang memerlukan pertambahan bas yang mendadak namun dalam masa sama wujud masalah kekurangan pemandu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program MyPSV Peringkat Kebangsaan pada Isnin.

Selain itu, Loke juga berkata, kerajaan akan berusaha untuk mengembalikan bas-bas mini bagi memastikan akses perkhidmatan bas berkenaan mampu menembusi kawasan perumahan berikutan wujud permintaan bagi lokasi itu.

Dalam pada itu, Loke menjelaskan, program MyPSV juga merupakan salah satu inisiatif bagi menambah jumlah pemandu bas.

Katanya, program berkenaan menyasarkan pertambahan 500 orang pemandu bas berdasarkan kemudahan yang telah diberikan meskipun angka itu masih belum mencukupi untuk menampung permintaan ketika ini.

MyPSV ujar Loke dilihat menjadi pemudah cara buat kelompok e-hailing yang sebelum ini didakwa berdepan beberapa kesukaran selain kerajaan turut menampung kos-kos perlesenan dan kursus.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
"Kami sedang berusaha untuk menyeimbangkan upah dan permintaan bagi memastikan pekerja gig…
Berita Global
  Situasi ini juga akan menjejaskan jadual penerbangan apabila lebih 5,000 juruterbang dijangka…
Berita Global
  Leventhal yang sudah pun memiliki lesen lori ketika berkhidmat sebagai tentera sebelum ini terus…