Anthony Loke - ECRL dijangka beroperasi awal 2027

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Perkhidmatan kereta api projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka beroperasi pada awal 2027 akan mempercepatkan peralihan pergerakan kargo dari jalan ke kereta api sekali gus mengurangkan kesesakan dan kebimbangan berkaitan alam sekitar.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemindahan kargo dilakukan secara meluas melalui kereta api antara Pantai Timur dan Lembah Klang akan datang mengurangkan pergerakan lori besar di jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Bila ECRL mula beroperasi pengangkutan kargo yang sebelum ini iaitu menggunakan jalan raya bertukar kepada kereta api. Ini adalah dasar penting yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan lebih banyak pengangkutan barang menggunakan perkhidmatan itu (kereta api).

“Ia bukan sahaja menjimatkan kos dan mesra alam tetapi akan meningkatkan aspek keselamatan jalan raya dengan mengurangkan bilangan lori besar di jalan raya terutama di sepanjang laluan antara Pantai Timur dan Lembah Klang.

"Seperti yang kita tahu kebanyakan lori perlu melalui jalan Karak apabila mereka lalui di jalan Titiwangsa khususnya Genting Sempah dan sebagainya, sudah tentu selalu menyebabkan kesesakan yang teruk, selain membahayakan kenderaan berat dari segi geografinya," katanya dalam satu sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP) pada Jumaat.

Beliau menjelaskan projek ECRL ini adalah pemangkin untuk hub perindustrian bukan sahaja untuk MCKIP tetapi di semua peringkat pengangkutan di negara ini.

Justeru, pihaknya merancang supaya banyak lagi kawasan perindustrian dan juga hab logistik dibina sepanjang laluan ini, terutamanya di Pahang.

"Kalau boleh bukan sahaja di Kuantan, tetapi juga di Temerloh (khusus stesen Mentakab), stesen Bentong dan beberapa kawasan perindustrian di Pahang.

"Sebagai komitmen, kita memberi sokongan dan berharap kerajaan Pahang dapat membangunkan lebih banyak kawasan perindustrian di sepanjang laluan. Perancangan kita supaya stesen utama di laluan ERCL tidak hanya mengfokuskan kepada penumpang tetapi menjadi satu hab kargo," ujarnya lagi.

 

- cadangan yang bernas dari Menteri Pengangkutan, nak harapkan penumpang saja bukan tiap-tiap hari sambut Hari Raya -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Westports Holdings Sdn Bhd, operator untuk pelabuhan itu akan melabur sebanyak RM39.6 billion untuk…
Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Informasi
"Proses pengambilan tanah untuk semua laluan utama ECRL di Terengganu telah selesai sepenuhnya…