Anthony Loke - Dua set pertama ETS3 siap dipasang, dijangka operasi Ogos

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari Facebook Anthony Loke
Dua set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi laluan selatan ke Johor Bahru Sentral telah tiba di negara ini dan siap dipasang, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, kedua-dua set tren jenis Electric Multiple Unit (EMU) itu sedang menjalani ujian teknikal dan sekiranya semuanya berjalan lancar, ia akan mula beroperasi menjelang Ogos tahun ini.

"Selain dua set awal ini, baki lapan set tren sedang dipasang secara berperingkat di kilang pemasangan CRRC Rolling Stock Center di Batu Gajah.

"Kesemua 10 set dijadualkan siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang awal tahun hadapan bagi memperkukuh kapasiti perkhidmatan rel negara,” katanya dalam kenyataan di Ipoh pada Jumaat.

Terdahulu beliau melakukan lawatan ke Depoh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batu Gajah, dekat sini.

Anthony berkata, kilang pemasangan CRRC di Batu Gajah kini mempunyai lebih 85 peratus tenaga kerja tempatan, sekali gus mencerminkan potensi besar dalam pemindahan pengetahuan dan kepakaran kepada bakat tempatan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, projek tersebut melibatkan pembangunan di…
Berita Domestik
Beliau menyarankan agar pemaju mengurangkan jumlah petak parkir yang dibina untuk projek baharu…
Berita Domestik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menyaksikan…