Anthony Loke alami sesak nafas dalam Dewan Rakyat

oleh Firdaus Razani|
Sidang Dewan Rakyat pagi tadi terganggu apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilihat mengalami sesak nafas ketika memulakan sesi jawab lisan soalan pertama dikemukakan Wong Chen (PH-Subang) pada Rabu.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Dalam sidang dewan itu, beliau dilihat tidak selesa ketika mula bercakap dan tercungap-cungap seterusnya memohon diberikan sedikit masa untuk menenangkan diri.

Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa meminta Loke berehat dan menggesa beliau membuat pemeriksaan di hospital.

"Relaks dulu Yang Berhormat (YB), kena periksa di hospital. Bahaya, bahaya," katanya.

Selepas itu, Loke dilihat mengurut dadanya beberapa kali, sambil memberi isyarat kepada timbalannya, Datuk Hasbi Habibollah untuk meneruskan sesi itu.

Habibollah kemudian menjawab soalan Chen berhubung garis panduan untuk membenarkan pemandu orang kurang upaya (OKU) dengan lesen A/A1 untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing, dan rancangan kerajaan untuk mengubah garis panduan bagi membenarkan pemandu OKU untuk mendapatkan lesen PSV.

Tidak lama kemudian, Loke kembali mengambil alih semula tugas berkenaan daripada timbalannya dan menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Chen.

-Semoga YB diberi kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat pada rakyat, Careta mendoakan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kesihatan YB

 

 

Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut TPAD, langkah ini menimbulkan persoalan besar tentang kesan sosioekonomi terhadap ribuan…
Berita Domestik
Proton juga memberi rebat  RM2,000.00 untuk pendaftaran kenderaan Proton baharu, termasuk Proton e.…
Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kerajaan komited memastikan majoriti jawatan dalam…