Anthony Loke - 52,030 mahasiswa layak tebus baucar FlySiswa

oleh Penyumbang Rencana|
Seramai 22,226 mahasiswa Sabah dan 19,171 mahasiswa Sarawak layak menerima manfaat bantuan FLYsiswa tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat 4 November lalu, seramai 35,183 daripada 52,030 mahasiswa yang layak telah pun menebus baucar FlySiswa.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Seramai 17,388 mahasiswa berasal dari Sabah tersebut sedang belajar di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti, matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di Semenanjung Malaysia.

“Seramai 3,433 mahasiswa berasal dari Sabah terbabit sedang belajar di Sarawak dan 1,405 di Labuan. Mahasiswa yang berasal dari Sarawak pula, 16,027 sedang belajar di Semenanjung, 2,716 di Sabah dan 428 di Labuan,” katanya di sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Jemaah Menteri pada 3 September 2024 bersetuju supaya inisiatif FLYsiswa yang diluluskan di bawah inisiatif Belanjawan 2024 dijadikan inisiatif tahunan Kementerian Pengangkutan.

Bantuan subsidi itu dilaksanakan melalui kaedah pemberian ‘credit shell’ di mana syarikat penerbangan tempatan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan.

Anthony berkata untuk tahun 2025, subsidi tiket penerbangan termasuk inisiatif FlySiswa dan subsidi tiket musim perayaan telah dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM48 juta.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia bagi memastikan tahap perkhidmatan dalam keadaan cekap, selamat dan efisien. "Sekiranya…
Berita Domestik
"Setakat 27 November, 177 institut memandu (IM) daripada 245 IM telah terlibat dalam menawarkan…
Berita Domestik
Selain itu penggunaan kelengkapan elektrik yang digunakan dalam bas tersebut juga tidak memenuhi…