Antara lembu, pagar dan cerita yang tak akan ke mana

oleh HEZERI SAMSURI|
Salam PdPR semua. Ya, ramai ibubapa yang pening, dan cikgu-cikgu lagi pening. Tak apa, tolak isu itu dan kita terus ke isu semasa - lembu bijak dan pagar koyak di lebuhraya.

Kes pagar dikoyakkan dan dicuri bukan isu baharu untuk operator lebuhraya, terutama bagi PLUS Berhad.

Modenas

Antara yang terkini ialah laporan Kosmo yang mengatakan haiwan di LPT2 lebih bijak.

Saya tak pasti samada lembu-lembu di kawasan LPT2 itu mengikuti kelas PdPR semasa musim Covid2 ini tetapi dari apa yang saya baca, lembu-lembu itu bijak mencari lubang-lubang yang sedia ada di pagar-pagar lebuhraya tersebut.

Lubang sedia ada - itu kata kuncinya.

 

LPT2 signboard

 

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jusman Ibrahim, pihak beliau telah menangkap 73 ekor haiwan ternakan yang berkeliaran di sekitar Kemaman tahun lalu - 14 ekor lembu dan 59 ekor kambing.

Operasi menangkap dan memindahkan haiwan ternakan yang berkeliaran di LPT2 sudah berlangsung sejak tahun 2016 lagi, dengan purata dua ekor ditangkap dalam setiap operasi.

Selain dari itu, MPK mengutip RM2,000 dari kompaun dan RM11,000 dari lelongan haiwan-haiwan terbabit tahun lalu.

Kementerian Kerja Raya (KKR) juga berkata kelmarin bahawa ia telah mengarahkan syarikat konsesi termasuk Lebuh Raya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT2) untuk menggunakan segala peruntukan undang-undang yang sewajarnya untuk mendakwa individu atau pihak yang merosakkan pagar di mahkamah.

Menurut laporan Kosmo, KKR dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mendapati kemalangan membabitkan haiwan ternakan di LPT2 ialah berpunca dari tindakan pihak tak bertanggungjawab yang merosakan pagar lebuh raya.

 

 

Siasatan mendapati pagar-pagar ini dipotong untuk memudahkan laluan ke kebun dan ladang, atau dicuri untuk dijadikan reban dan sangkar (gambar atas dari Kosmo).

Berdasarkan rekod LLM, sebanyak 102 kes kemalangan berlaku di LPT2 pada tahun 2019, berbanding 47 kes pada tahun 2018.

Ia mungkin akibat pertambahan trafik di lebuhraya tersebut, dan ini meningkatkan lagi risiko kemalangan jika ada haiwan-haiwan yang berkeliaran di atas lebuhraya itu.

Saya mungkin kurang faham cara menjaga lembu, kerana semasa kecil, ibu saya tak pernah memberi izin untuk kami membela lembu atau pun kerbau. Hanya ikan guppy yang dibenarkan.

Tetapi saya faham, sekiranya ikan guppy saya menyebabkan masalah kepada jiran, ia adalah tanggungjawab saya kerana ikan itu adalah milik saya dan dibawah jagaan saya.

Jadi sekiranya ikan guppy saya itu menyebabkan kematian kepada seseorang,  maka saya rasa memang sepatutnya saya dihukum.

 

 

Tak perlulah kita bercerita tentang agama kerana memang terang-terang kita tahu apa hukumnya. Buah yang terkeluar dari pagar pun ada diceritakan, apa lagi tentang haiwan ternakan yang dibiar melata di tanah orang.

Jadi adakah saya bersetuju bahawa pihak polis patut turun padang untuk menyiasat pemilik-pemilik haiwan ternakan yang dibiarkan bergerak bebas?

Saya memang setuju.

Adakah patut pihak polis menyiasat siapa yang memotong pagar-pagar itu dan menyebabkan haiwan ternakan masuk ke lebuhraya?

Saya amat menyokong, terutama jika haiwan ternakan itu boleh mengakibatkan kemalangan, kecederaan dan kematian kepada manusia lain.

Tak kan nak suruh pekerja LPT2 atau eksekutif LLM atau KP KKR yang turun padang menyamar untuk mencari suspek pula kan? 

 

* Artikel berdasarkan laporan-laporan di bawah:

https://www.kosmo.com.my/2021/01/28/haiwan-di-lpt2-lebih-bijak/

https://www.kosmo.com.my/2021/01/31/heret-segera-pesalah-ke-mahkamah/

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Namun begitu, katanya, masih wujud kejadian pagar-pagar baharu turut dirosakkan dan dicuri oleh…
Berita Domestik
  Pagar keselamatan itu dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selepas kerja pemotongan…
Informasi
  Dalam kejadian pada pukul 4.50 petang itu, Aizat Amer Mohd. Rodzuan, 28, yang juga bekas anggota…