Anime MF Ghost tayang trailer kedua - siap muzik Eurobeat!

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, para peminat animasi dari Jepun dikejutkan dengan berita di mana siri komik MF Ghost dilaporkan sedang dalam proses pembikinan untuk dijadikan sebagai animasi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam trailer yang pertama, tidak banyak info yang didedahkan, namun dalam trailer yang kedua ini, kita dapat melihat dengan lebih teliti beberapa aksi perlumbaan yang ditawarkan oleh watak utama, serta pesaing-pesaingnya.

Tidak ketinggalan, muzik genre Eurobeat yang menjadi identiti kepada anime Initial D turut dikekalkan dalam anime MF Ghost yang hanya akan ditayangkan pada tahun hadapan.

 


MF Ghost sebenarnya merupakan satu kesinambungan bagi siri asal Initial D dan mengambil tempat sekitar tahun 2020-an.

Pada ketika itu, dunia sedang dikuasai oleh barisan kenderaan swapandu dan siri perlumbaan MFG merupakan cubaan terakhir untuk mengekalkan tradisi kereta yang masih lagi dipandu oleh manusia.

Watak utama, Kanata Livington berhijrah dari UK ke Jepun demi mencari bapa kandungnya yang sudah lama hilang, dan menariknya beliau juga sebenarnya merupakan anak didik kepada watak utama dari Initial D, Takumi Fujiwara.
 

mf ghost


Jika anda rajin membaca, terdapat beberapa watak utama daripada Initial D mempunyai kaitan yang tersendiri di dalam siri cerita terbaharu ini. Boleh cuba cari sendiri komik ini di dalam talian.

Sedikit fakta menarik, pihak produser di Avex sebenarnya turut menggunakan runut bunyi yang sebenar untuk setiap model kereta yang bakal ditampilkan dalam animasi tersebut, seperti Toyota GT86, Lotus Exige, Porsche 911, Porsche 718 Cayman, Nissan GT-R, Lamborghini Huracan, serta tidak ketinggalan Ferrari 488 GTB.

Video disebalik tabir itu anda boleh tonton pada pautan YouTube di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Anda masih lagi boleh melihat betapa aktifnya beliau di dalam beberapa acara sukan permotoran (…
Berita Global
Ini adalah berdasarkan video trailer keempat yang baharu sahaja disiarkan di saluran rasmi Youtube…