ANIH siasat kes gaduh babit penggerai LPT 1

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur 1  (LPT1) sedang menyiasat video insiden pergaduhan yang sedang tular di media sosial sekarang.

Video seminit setengah itu menunjukan seorang pemandu bas ekspres diserang oleh empat orang pemuda yang dipercayai kakitangan penggerai Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah timur.

ANIH telah membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut dan sekiranya bersalah, kakitangan penggerai boleh dikenakan tindakan tatatertib yang sewajarnya mengikut prosidur tetap operasi syarikat.

Careta difahamkan bahawa dalam kes disiplin yang melibatkan kakitangan penggerai, mata demerit masih boleh dikenakan kepada penggerai dan sekiranya ia melibatkan penggerai itu sendiri, kontrek boleh dibatalkan.

ANIH seterusnya menyatakan bahawa sebagai operator lebuhraya LPT1 dan KLK (KL-Karak), ia memberikan jaminan bahawa keselamatan pengguna dan ketenteraman awam menjadi keutamaan mereka.

Jadi sekiranya ada penggerai yang berlaku tidak sopan atau anda ingin melaporkan sebarang kemusykilan mengenai mutu, harga dan sebagainya di R&R dan di rumah tol, hubungi ANIH Berhad di LPT Line 09-547 9111 atau 1-700-818-700.

Di bawah ialah video yang sedang tular itu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, penambahan 2.4 juta kenderaan itu…
Berita Domestik
Menurut Puan Radzimah Mohd Radzi, Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, hujan lebat yang melanda…
Berita Domestik
Menurut Puan Radzimah Mohd Radzi, Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad,syarikat tersebut telah…