Sehubungan itu, pihak ANIH Berhad akan mengaktifkan laluan kontra di lokasi bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang simulasi dijalankan.
Latihan yang dikelolai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia itu bertujuan untuk menguji tahap persediaan dan mengukuhkan prosedur menyelamat oleh anggota pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Difahamkan seramai 400 petugas dari pelbagai agensi akan turut sama menjayakan latihan simulasi ini.
Antara perkara yang menjadi tumpuan termasuk kerja-kerja menyelamat, pengalihan, pengurusan trafik, pembersihan, dan komunikasi kepada orang ramai.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ANIH Berhad, Haji Imran Gulcharan Abdullah, “Kolaborasi strategik antara pengurusan ANIH, pasukan kecemasan dan agensi tempatan serta pihak media bermatlamat untuk memperkukuh hubungan libat urus dan kerjasama erat bagi memperkasakan kemahiran semasa menghadapi kecemasan.”
“Pihak ANIH komited memastikan aspek keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya menjadi keutamaan. Oleh itu, kami bersedia untuk berkolaborasi bersama agensiagensi berkaitan bagi mencapai matlamat tersebut. Latihan seumpama ini juga akan membantu kami mengukur tahap persediaan kakitangan ANIH Berhad dan agensi yang berkaitan.
"Pihak ANIH juga akan mengaktifkan jaringan gelap yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini situasi “kejadian” tersebut kepada para pengguna. Ini juga akan melibatkan penggunaan semua platform media sosial kami dengan kerjasama pihak media bagi memberikan maklumat terkini tentang latihan simulasi tersebut,” tambahnya lagi.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi saluran rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT - Line di 1-700-818-700.