ANIH Bhd jalani latihan simulasi kemalangan tingkatkan tahap kecekapan pengendali lebuhraya

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad hari ini mengadakan satu Latihan Simulasi Kemalangan di Plaza Tol Kuantan, Pahang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Latihan ini diadakan bagi menilai tahap kesediaan dan kecekapan kakitangan syarikat bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam menguruskan kecemasan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan lain-lain agensi berkaitan.

Ia membabitkan 90 petugas dari 6 agensi kerajaan di sini yang berperanan menggerakkan modus operandi menyelamat pada waktu kecemasan.

Hadir sama Yang Berhormat Dato' Sri Norolazali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang.
 


Selain itu, latihan itu juga diadakan untuk menilai tahap keberkesanan komunikasi di antara ANIH Berhad dan semua agensi terlibat khususnya dalam aspek penyebaran maklumat insiden kepada pengguna lebuh raya menerusi platform Twitter, Facebook dan papan tanda elektronik (VMS).

Dalam simulasi kemalangan itu, sebuah lori tangki membawa muatan bahan kimia (asid hidroklorik) mengalami kerosakan sistem brek dan terbabas hingga melanggar sebuah kereta di Plaza Tol Kuantan.

Impak perlanggaran itu telah menyebabkan tangki muatan bahan kimia yang dibawa lori berkenaan bocor dan tumpah ke atas permukaan jalan. Pemandu lori bersama kelindannya pula cedera parah manakala pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan. 
 

 

Semasa latihan berkenaan, kemahiran dan pengetahuan pegawai ANIH Berhad bersama anggota penyelamat dizahirkan bersama- sama bagi melancarkan pelaksanaannya. 

Operasi tersebut disifatkan berjaya apabila setiap pasukan memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan tugas mengikut proses prosedur tindakan tatacara operasi yang ditetapkan bagi menyelamat mangsa ketika kecemasan.

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5…
Berita Domestik
Pengecualian pembayaran tol itu akan berkuatkuasa bermula 12.01 tengah malam 11 November dan…
Informasi
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala…