Anih Berhad nafi unsur khianat insiden tayar pancit

oleh Firdaus Razani|
Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menafikan terdapat unsur khianat susulan kenderaan tersadai akibat tayar pancit yang didakwa terkena serpihan besi bertaburan di atas jalan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Sebanyak 31 kenderaan terlibat dalam kejadian terbabit di Kilometer 84.5 (arah timur, Karak-Lanchang) kira-kira jam 11.30 malam pada Isnin.

"Tiada unsur khianat seperti yang dikatakan di media sosial, cuma terdapat barang-barang logam yang jatuh atau tercicir daripada sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

"Pihak lalu lintas Anih telah pun mengutip semua objek logam tersebut dari lokasi malam semalam (Isnin)," dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas kenyataan itu lagi, pasukan lalu lintas juga telah mengutip kesemua objek logam terbabit selain membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Seksyen 1 iaitu laluan sepanjang 19.8 km dari plaza tol Gombak ke Genting Sempah (terowong)…
Berita Domestik
Berdasarkan maklumat diberikan, laluan yang terlibat dalam penemuan besi 'bracket' terbabit di…
Informasi
Menurutnya, aliran trafik dijangka meningkat secara berperingkat ke pantai timur bermula dari 5…