ANIH Berhad jangka trafik di KL-Karak dan LPT1 menurun Aidiladha tahun ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Anih Berhad, pemegang konsesi untuk Kuala Lumpur - Karak expressway (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menjangkakan kadar trafik di kedua-dua laluan itu akan menurun menjelang Hari Raya Aidiladha minggu hadapan kerana larangan merentas sempadan yang berlangsung.

Menurut Pengarah Eksekutif syarikat lebuhraya tersebut, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein, penurunan trafik sebanyak 81.3 peratus di KLK dan 72.5 peratus di LPT1 diramal berlaku. Jumlah itu adalah berbanding dengan jumlah purata trafik harian dari 16 ke 25 Julai.

"Walaupun pergerakan merentas sempadan tidak dibenarkan, Anih akan memastikan fasiliti dan prasaran di kedua-dua lebuhraya itu di dalam keadaan terbaik dan sentiasa bersedia," ujarnya.

Pengguna boleh menerima Untuk trafik dan informasi terkini berkaitan KLK dan LPT1 menerusi  [email protected] dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur.

Untuk kecemasan, hubungi talian LPT 24 jam di 1-700-818-700 atau 09-547 9111. - Bernama


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laluan di LPT1 dan LPT2 juga lancar di kedua-dua hala sementara kenderaan bergerak perlahan di…
Informasi
Penutupan tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan kecemasan Digi di kawasan…
Berita Domestik
Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Puan Radzimah Mohd Radzi berkata, “Berdasarkan trend lalulintas…