'Angpow' dari Ford sempena Tahun Baru Cina

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan promosi jualan Tahun Baru Cina dengan tawaran-tawaran bernilai untuk Ranger Raptor dan Ranger WildTrak.

 

Pelanggan yang membeli Ford Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan menikmati penyelengaraan percuma selama dua tahun atau  40,000 km (yang mana terdahulu), Ang Pao bernilai RM2,000 dan Payung Golf Eksklusif Ford Performance.

 


Ford Ranger WildTrak pula diberikan rebat tunai RM3,000 semasa tempoh promosi ini.

 

Promosi ini sah sehingga 31 Januari 2020.

 

ford

 

Ford Ranger yang menjadi penanda aras untuk segmen trak pikap dan berjaya menaikkan nama Ford dan membuktikan keupayaan ‘Built Ford Tough’ bukan sahaja untuk pemanduan lasak tetapi ia masih mengekalkan keselesaan dan serba boleh sebagai kenderaan penumpang.

 

Ranger Raptor pula sebagai trak pikap berprestasi yang terunggul dengan  DNA Prestasi Ford dan ia melangkaui jangkaan dengan ciri-ciri canggih Terrain Management System, plet hentaman lebar untuk menahan daya impak kuat untuk laluan lasak, serta perendam hentak FOX Racing Shox.

 

Kedua-dua varian dan barisan Ranger yang lain, datang dengan waranti selama tiga tahun atau sehingga 100,000km, yang mana terdahulu.

 

Untuk maklumat lanjut tentang jenama Ford di Malaysia, layari https://www.sdacford.com.my.
 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan Ambil Inspirasi Terus Dari Ford F-150 Kasut ini tampil dengan identiti F-150 yang jelas.…
Berita Global
Petunjuk Awal dari Ford Racing Menurut kenyataan rasmi, model ini digambarkan sebagai bukti…
Berita Global
Dominasi EV China Farley menegaskan bahawa syarikat seperti BYD, Geely, Nio dan Xiaomi membuktikan…