Angkut barang? Guna kenderaan yang sesuai

oleh Mohamad Hanif|
Ada masanya, sekeping gambar atau dua melintasi garis masa anda yang memaparkan keadaan segelintir pemandu yang membawa barangan dengan kenderaan yang tidak bersesuaian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampak lawak, tapi jika tidak diambil perhatian sewajarnya, keadaan sedemikian sebenarnya mampu membahayakan nyawa pengguna lain di atas jalan raya. 

Laman Facebook rasmi PDRM telah berkongsi panduan dan saranan kepada mana-mana pemandu yang ingin mengangkut barangan atau muatan dari titik A ke titik B. 

 

 

"Pemandu hendaklah menggunakan kenderaan yang bersesuaian dengan jenis barangan atau muatan yang dibawa. Tiada sebarang kenderaan boleh digunakan untuk membawa barangan atau muatan secara berbahaya di atas jalan raya.

Pemandu yang membawa barangan dalam kenderaan sehingga menyebabkan bahaya atau mengundang keselamatan pengguna jalan raya lain, boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 20, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dengan denda RM300.

Bawalah barangan yang bersesuaian dengan jenis kenderaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku."

 

macam biasa lihat bukan? 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Dalam keadaan banjir, lori biasa tidak boleh masuk ke kawasan yang paras airnya dalam. MRV ini…