Angkara paip utama pecah, Ferrari FF sangkut dalam banjir di London

oleh Mohamad Hanif|
Di London, sebatang jalan raya ditenggelami air setinggi 0.5 meter setelah salah sebuah daripada saluran perpaipan utama di kawasan A406 pecah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kejadian ini menyebabkan beberapa unit kenderaan tersangkut di atas jalan yang ditenggelami air termasuklah sebuah Ferrari FF berwarna merah, sebuah BMW 7-Series dan Mercedes-Benz C-Class.

Menurut laporan daripada BBC, pihak London Fire Brigade terpaksa mengerahkan empat jentera bomba dan 25 anggota ke tempat kejadian.

Dalam kejadian tersebut, lapan orang pemandu yang tersekat berjaya diselamatkan dan operasi tersebut mengambil masa kira-kira dua jam.

Insiden ini turut mendatangkan kemarahan kepada para pengguna jalan raya yang tidak terjejas, disebabkan terdapat segelintir pengguna yang sengaja memperlahankan kenderaan untuk mengambil gambar dan video Ferrari yang tersangkut dalam banjir itu.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, bagaimana untuk menjadikan Toyota Prius anda sebuah kereta yang - paling tidak - mampu…