Angka kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat 52%

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan - kemalangan di Lebuhraya PLUS pada 28 Oktober 2022
Sewaktu pandemik Covid-19 melanda dunia pada 2020, kadar kemalangan jalan raya yang melibatkan nyawa amat ketara penurunannya.


Namun situasi tersebut berubah lebih-lebih lagi pada tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim telah dilaporkan berkata, sebanyak 402,626 kemalangan jalan raya dengan 4,379 kematian direkodkan bagi tempoh Januari hingga September 2022.


Jumlah itu meningkat sebanyak 147,094 kes berbanding 255,532 kemalangan jalan raya dengan 3,324 kematian direkodkan bagi tempoh sama pada tahun lalu.


Kesimpulannya kes kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat 52 peratus tahun ini dan angka itu amat membimbangkan serta perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa.
 

gambar hiasan

 

Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK), Datuk Mohammad Hisham Shafie berkata, data peningkatan itu juga perlu dipandang serius bukan saja oleh agensi penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah pengguna jalan raya.


Rekod statistik dari Januari hingga September menunjukkan peningkatan 52 peratus berbanding tahun lalu dan tidak mustahil jumlah kematian dijangka naik dengan mendadak.


"Pelbagai faktor mungkin boleh dikaitkan kenapa perkara ini berbanding tahun sebelum ini.


Beliau berkata, namun peningkatan kenderaan keluar pada hujung minggu amat ketara di semua lebuh raya terutama sewaktu cuti perayaan dan cuti umum bersambung pada hujung minggu.


"Sikap pengguna memainkan peranan penting kerana mereka berada di jalan raya dan berkongsi dengan pengguna lain.


"Sikap tidak menghormati undang-undang serta ego semasa memandu antara punca kemalangan itu berlaku," katanya.


Mohammad Hisham berkata, penguatkuasaan juga perlu dipertingkatkan dan tindakan tegas mesti diambil jika mendapati pemandu melakukan kesalahan.


"Kita lihat kematian akibat kemalangan jalan raya ini sudah menjadi satu bencana yang amat buruk di Malaysia.

 

- tiap-tiap hari mendapat perkhabaran kes-kes kemalangan jalan raya, dan semakin hari semakin tragis, jalan raya dikongsi bersama, jangan kerana ego kita, orang lain kehilangan nyawa -

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.39 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad…
Berita Domestik
Kejadian disedari pemandu lori berusia 52 tahun selepas berhenti untuk memeriksa dentuman kuat yang…
Berita Domestik
"Iaitu purata 18 kematian akibat jalan raya setiap hari, bersamaan setiap 80 minit ada seorang yang…