Proton kekal di tangga kedua paling popular dalam kedudukan jualan automotif negara dengan unjuran bahagian pasaran sebanyak 18.1 peratus untuk bulan terbabit dan angka sebanyak 18.9 peratus untuk keseluruhan 2024.
Jumlah jualan bagi industri automotif pulih pada Oktober selepas merosot pada bulan sebelumnya.
Proton Saga kekal sebagai pilihan popular dalam kalangan pembeli kereta yang mencari pengangkutan yang berharga berpatutan dan selamat.
6,112 unit Saga telah dihantar pada Oktober, jualan setakat tahun ini telah melebihi 60,178 unit dan ini meletakkan model itu sebagai kenderaan volum ketiga tertinggi di negara.
Jualan Proton X50 adalah sebanyak 2,122 unit dan telah dihantar pada bulan Oktober berada di tempat kedua.
Proton S70 di tempat ketiga dengan 1,432 unit dijual, mengembalikannya ke puncak kelas untuk bulan ini dan kekal mendahului jualan setakat tahun ini dengan sebanyak 16,200 unit dijual pada 2024.
SUV segmen D, Proton X90, 245 unit telah dihantar bulan lalu dan jualan jualan setakat tahun ini adalah 2,969 unit.
Proton Persona, sedan segmen B, sebanyak 1,520 unit dijual.
Proton X70 pula mencapai 989 unit dijual pada Oktober, manakala Proton Iriz mencatatkan 379 unit.
Bacaan sepenuhnya di Berita Harian