Angka jualan model Toyota menurun di Amerika - kecuali Supra!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan, kesan yang ditinggalkan oleh pandemik COVID-19 cukup menakutkan, di mana pengeluar terpaksa menghentikan sementara produksi disebabkan kekurangan bekalan alat komponen, serta mengelakkan penularan virus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga secara tidak langsung memberikan impak kepada prestasi penjualan model-model baharu Toyota di Amerika Syarikat, di mana hampir kesemua model mengalami penurunan jualan.

Secara keseluruhan, Toyota mencatatkan penurunan jualan sebanyak 11.9 peratus untuk tahun 2020 atau 1.84 juta unit kenderaan berbanding 2.08 juta unit pada tahun 2019.

Buat pertama kalinya semenjak tahun 1993, model paling laris Toyota Camry gagal mencapai angka 300,000 unit apabila ia hanya mampu dijual sebanyak 294,348 unit sahaja, penurunan sebanyak 12.2 peratus.

 


Sementara model lain turut merosot seperti Corolla, Tacoma dan juga Tundra di mana model Sienna dan Yaris pula masing-masing mengalami penurunan sebanyak 41.7 peratus dan 70.6 peratus.  

Namun, model yang paling tidak disangka-sangka mencatatkan peningkatan adalah Toyota GR Supra apabila coupe sports itu melonjak sebanyak 104.1 peratus atau sebanyak 5,887 unit untuk tahun 2020 berbanding 2,884 unit pada tahun 2019.

Sementara divisyen mewah Toyota, Lexus juga turut mengalami penurunan jualan di mana Lexus LS menyaksikan penurunan jualan terbesar sebanyak 35 peratus.

Namun, terdapat tiga model yang menunjukkan prestasi sebaliknya - crossover UX (naik 1.4 peratus), GX (naik 9.9 peratus) dan LC (naik 8.7 peratus).