Angka jualan Mitsubishi Triton cecah 5,762 unit, peningkatan 0.9 peratus

oleh SALINA JALIL|
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa jualan Mitsubishi Triton mencecah 5,762 unit bagi tahun kewangan 2019 (April 2019 – Mac 2020), mewakili peningkatkan sebanyak 0.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walau bagaimana pun, segmen trak pikap mengalami penurunan sebanyak 21 peratus dalam tempoh masa yang sama.

 

Dari bulan Januari hingga Mac 2020, Triton mengekalkan bahagian pasaran sebanyak 22 peratus. Bahagian pasaran model itu untuk tahun kewangan 2019 ditutup pada 17 peratus, lebih tinggi sebanyak 1 peratus berbanding sasaran awal MMM.

 

Untuk keseluruhan tahun kewangan 2019, model Triton double cab mendahului segmen trak pikap di tiga buah negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.

 

Tomoyuki Shinnishi, ketua pegawai eksekutif MMM berkata, “sektor automotif kemungkinan akan terus berada dalam tekanan akibat pandemik COVID-19 tetapi syarikat akan memberi lebih tumpuan dan berfikiran positif dengan merancang pertumbuhan perniagaan apabila keadaan bertambah baik.” 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Datang eksklusif dalam warna White Diamond, Triton AT Premium ini membawakan kemasan bampar depan…