Angka jualan Chery Omoda 5 merosot di China

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tidak semua model yang dihasilkan bakal mendapat sambutan menggalakkan di China, sebagai contoh model Chery Omoda 5 mencatatkan penurunan jualan yang teruk semenjak mula dijual pada suku kedua 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun 2023, Omoda 5 terus mencatatkan penurunan dimana angka terkininya pada bulan Mei hanya mencatatkan 579 jualan.

Jualan keseluruhan Omoda 5 pada tahun 2023 juga hanya mencatatkan 3,538 unit, sebagai perbandingan dengan pesaingnya, Geely Binyue Cool mencatatkan 7,122 unit jualan pada bulan Mei.

 

2

 

Semenjak mula dijual pada bulan Julai 2022, angka jualan terbaik yang pernah dicatatkan Omoda 5 adalah pada bulan September dengan 2,881 unit terjual.

Omoda 5 boleh dikatakan antara salah satu model terbaik dalam SUV segmen B dimana ianya berjaya memperoleh penarafan 5 bintang dalam ujian EURO NCAP.

Untuk pasaran China, Omoda 5 telah menerima naik taraf enjin baharu, dimana ia dikuasakan enjin 1.6 liter TGDi dipadankan bersama transmisi dwi-klac 7 kelajuan, menghasilkan 197 HP dan 290 Nm.

 

3

 

Untuk pasaran Malaysia, Omoda 5 yang bakal dilancarkan esok membawakan enjin 1.5 liter MPI turbo yang dipadankan dengan transmisi CVT 9 kelajuan, menghasilkan 154 HP dan 230 Nm.

Dari segi spesifikasi dan ciri yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia, Omoda 5 dilihat sebagai pesaing sengit untuk SUV segmen B lain.

Tidak seperti di pasaran China dimana mereka ditawarkan dengan lebih banyak pilihan, dimana ia mampu menjejaskan jualan Omoda 5 di sana.

 

Sumber: Automachi dan China Mobil

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Domestik
Chery Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.…
Berita Global
"Kami sedang mengusahakan generasi kelima untuk model sedan yang menggunakan tenaga hidrogen.…