Anggota polis trafik maut dalam perjalanan pulang dari kerja

oleh SALINA JALIL|
Seorang anggota polis trafik maut selepas dalam nahas di lorong motosikal di susur masuk Jambatan Pulau Pinang bersebelahan Plaza Tol A di sini, petang semalam.


Dalam kejadian jam 5.05 petang itu, Muhamad Haikal Shaffik Abdul Rahim, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Terdahulu, mangsa yang menetap di Sungai Batu, Teluk Kumbar dekat Bayan Lepas, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik selesai bertugas.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang di kiri laluan motosikal.

 

"Mangsa yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda, Kedah menunggang dari arah Perai ke bahagian pulau.

 

"Mangsa dipercayai jatuh selepas melanggar tiang dan mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan petang semalam.

 

Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…