Anggota polis terima 13 jahitan akibat dirempuh motosikal penagih pil kuda

oleh Mohamad Hanif|
Akibat dirempuh sebuah motosikal yang cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR), seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal terpaksa menerima 13 jahitan di bahagian betis kanan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku jam 10 pagi di SJR Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, dekat Taman Tengku Anis, semalam.

Mangsa, Nasim Aiman Nor Resat, 30 tahun, cedera selepas dilanggar motosikal yang ditunggang oleh pemuda warga negara Thailand.

Siasatan mendapati, penunggang Honda Wave itu positif dadah jenis methamphetamine selain membawa 10 biji pil kuda bersamanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, suspek membuat pusingan U sebelum hilang kawalan dan merempuh Nasim Aiman.

“Rempuhan tu menyebabkan anggota polis itu luka pada betis kanan dan dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk rawatan lanjut. Bahagian yang cedera kemudian terpaksa dijahit dengan 13 jahitan.

“Suspek berjaya ditahan dan pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggangnya menemui sebuah kotak rokok mengandungi penyedut minuman yang berisi 10 biji pil kuda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek juga didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Semua kereta baharu di sini sudah dilengkapi dengannya ciri tersebut, walaupun ia tidak pernah…
Hezeri Samsuri
Untuk motosikal, ia akan bermula menjelang Julai 2028 dan untuk kenderaan komersil diesel, lebih…
Berita Domestik
"Bagaimanapun, pemandu melanggar dua motosikal dari arah bertentangan. "Kemalangan mengakibatkan…